Artis / Selebriti
” Bagus la Watie berani dan confident baca depan orang. Cantik nampak berseri-seri sangat.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Sekitar Majlis Khatam Al-Quran Bakal Raja Sehari, Shuib Sepahtu Dan Watie Hanifiah. Alhamdulillah Sedap Suara Watie Mengaji. Sejuk Mata Memandang Majlis Sebegini !!
Petang tadi telah berlangsungnya majlis khatam Al-quran buat pasangan sensasi, Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah. Memandangkan ini adalah perkahwinan pertama Watie, majlis diadakan sesempurna yang mampu untuk memberikan kenangan buat Watie.
Meninjau akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan gambar-gambar dan video sekitar majlis ini. Watie yang manis berbaju kurung berwarna purple lembut kelihatan berseri-seri dan senyuman tidak lekang dari bibirnya.
Untuk makluman, Astro Ria akan menjadi saluran rasmi yang menyiarkan majlis walimatulurus Shuib dan Watie yang bakal bermula pada 24 Jun nanti. Majlis pernikahan Shuib dijangkakan pada 23 Jun dan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi. Tengah dar4h manis orang kata waktu-waktu sebegini.
Ketika majlis ini, Watie membacakan surah-surah lazim bagi menyempurnakan upacara khatam quran ini. Watie turut mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada seorang ustazah selama seminggu. Alhamdulillah selesai sudah satu majlis pasangan ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Ribuan tanda suka telah pun dicatatkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alhamdulillah, cantiknya Watie. Nampak berseri-seri sangat.. Allah sebaik perancang.. siapa kita nk mempersoalkannya.. semoga kekal bahagia hingga ke jannah.. ”
” Alhamdulillah Allah sebaik perancang. Semoga Watie menjadi seorang isteri yang solehah dan ibu yang penyayang untuk anak-anak Shuib.. ”
” Bagusnya macam ni, sejuk hati kita tengok Shuib dan Watie.. Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan perkahwinan Shuib dan Watie nanti.. ”
” Cantiknya pastel purple, simple je.. Cantik Watie, semoga terus istiqomah.. Bagi aku makeup dia lawa g1la.. ”
” Benda yg ak nk buat waktu majlis ak dlu . Tp tk confident nk bca dpn org tp bgs laa watie berani makna nya dia pndai jga bab ² gini . Cuma yelaa make up terlalu havy tk kena dgn majlis.. ”
” Cantik naik seri lain dari sebelum ni.. Watie ni tak makeup pun dah lawa sebenarnya.. Semoga berbahagia selalu watie shuib.. ”
” Alhamdulillah khatam Al-quran.. Kalau ada rezeki blh guna mua janna. Lawa..soft je sesuai dgn kulit watie yg bersih.. ”
Majlis khatam Al-quran selesai sudah, selepas ini majlis berinai dan kemuncak majlis ijab qabul Shuib dan Watie. Doa peminat sentiasa mengiringi pasangan ini dan semoga segala perancangan yang dibuat berjalan dengan lancar dan sempurna.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Akhirnya dengar Kias Cinta versi Hadie dan Sallman. Suara tu ada feel dan rasa sayu.. ” – Komen Netizen