Connect with us

Viral

” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni

Coretan hati sahabat baik arwah Ayuni (UPSI), Liana buat ramai sebak. Kisah persahabatan Liana dan Ayuni yang menyentuh hati. Sedihnya baca perkongsian Liana. Part ibu tu paling sebak.. 

Sudah berminggu-minggu berlalu sejak peristiwa hitam bas terbalik di Gerik melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terjadi. Namun setiap kali kisah mangsa yang terkorban dikongsikan di media sosial, pastinya akan mengundang air mata warganet.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Syazwan, telah dikongsikan satu coretan rasa yang diluahkan oleh sahabat baik arwah Ayuni Maslan, Wan Nur Liana kepada pengarang, Syazwan. Kata Liana, dia mengenali Ayuni dari usianya 7 tahun dan memasuki tahun 1 di sekolah rendah.

Ayuni sahabat yang sel,alu manis dengan senyuman dan tak jemu memberikan senyumannya kepada Liana. Mereka terpisah, namun bertemu kembali ketika di tingkatan 1. Sejak itu hubungan mereka akrab dan tidak terpisah lagi. Banyak moment indah yang diciptakan mereka bersama.

Liana turut berkongsi reaksi Ayuni setiap kali Liana membawa ibunya ketika mereka berkumpul. Rasa rindu Ayuni terhadap arwah ibunya menyentuh hati. Liana juga menceritakan luahan hati Ayuni yang ingin menjadi seorang berguna. Kisah persahabatan yang sedih kerana mereka tidak berkesempatan bertemu sehingga ke akhir nafas Ayuni.

Ikuti perkongsian di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Baca sambil air mata menitis. Tak pernah tak nangis bila cerita tentang Ayuni.. tulus hati arwah sbb tu Allah syg dia… semoga arwah tenang di sana .Al Fatihah ( baca).. “

” Allah sedih sangat bila tgok walau x kenal tapi bila lihat gambar adik2 air mata auto keluar. Part ibu tu sedih ,tumpah air mata saya.. alfatihah semua.. “

” Allahu sedihnya. Sampai akhir hidupnya dia tak dapat berjumpa dengan awak Nur Liana. Begitulah kita kan sentiasa merasa ada banyak masa lagi takde hari ini , mungkin besok, tak dapat besok mungkin minggu depan. Tetapi ajal tiba tanpa mengira waktu. Sakit atau tidak.. muda atau tua bila sampai waktunya pasti akan pergi. Al Fatihah dibaca buat Ayuni dan 14 rakan seperjuangan yg telah terkorban. Semoga Syurga tempat gantinya.. “

” Dalam ramai2 .. aku terkilan kisah arwah ayuni,dr wajah ayah dia turun ke wajah arwah.. ada sisi yg bila kota tgk akan rasa sayu dn suka.. semoga Allah ampun kan dosa2 ny,dn Allah tempat kan dlm kalangan org beriman . dn aku doa kan juga pada Ayah arwah pkcik maslan.. semoga terus kuat atas kehilangan ank bongsu yg sgt baik ni.. “

” Taktahu kenapa part ayuni aku rasa dia mcm dik aku sendiri. Sebak takboleh tahan kisah ni. Semoga tenang disana ayuni. Al fatihah.. “

” Allahuakbar.. tanpa sedar.. mahal dan indahnya sebuah persahabatan lillahita’la… subhanAllah.. baca dgn linangan air mata.. semoga syurga buat Allahyarhamah Ayuni.. “

” Tubik air mata ku ini hari. al-fatihah buat sepupuku.. yang part mak tu memang tak boleh nak gtau perasaan camne. tiba-tiba kuar air mata.. “

Pemergian seorang sahabat yang baik dan memahami, jarang ada sahabat sebaik Ayuni ini. Semoga Ayuni tenang di sana dan berbahagia di alam syurga. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-fatihah untuk Ayuni dan semua pelajar UPSI lain yang turut terkorban.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Syazwan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Shampoo Treatment Jungle Girl
Skintific Powder Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak