Artis / Selebriti
” Awal-awal dia dengar je kau nyanyi Mark. Last-last dia bagi seketul ayat yang tak boleh nak hadam, haha.. ” – Netizen
Video Mark Adam Menyanyi Lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, Nyanyian Asal Kumpulam Ukays Ketika Isterinya Memandu Buat Ramai Terhibur. Part Last Tu Tak Sangka Jadi Macam Tu. Berani Betul Mark Menyanyi Macam Tu. Deep Betul Ayat Ezan Bagi, Haha !!
Sebelum ini pernah dikongsikan video yang memaparkan telatah isteri penyanyi Mark Adam, Norazah Redzuan atau mesra dengan panggilan Ezan menyanyi sebuah lagu Filipina dan perkongsian video itu mendapat pujian warganet yang mendengarnya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Mark, telah dimuatnaik satu video kali ini Mark pula menyanyi. Menerusi video tersebut, Mark cuba menyanyi lagu jiwang bertajuk ‘ Di Sana Menanti Di Sini Menunggu’ nyanyian asal oleh kumpulan Ukays.
Pada awalnya, Mark menyanyi dengan baik dan sesekali Mark memandang wajah Ezan yang sedang memandu kereta. Namun pada akhirnya ketika Mark cuba untuk ‘menarik’ tinggi lagu itu, tiba-tiba suara Mark terlekat dan tidak boleh menyanyi.

Melihat keadaan Mark seperti itu, dengan spontan Ezan mengatakan apa yang terjadi kepada Mark adalah sebuah ‘karma’ kerana menyanyi lagu tersebut. Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet dan menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan perkongsian video oleh Mark ini dan pelbagai respon diberikan wargnet, Antara komen-komen menarik adalah :
” Lagu ni betul-betul bahaya, makan diri Mark. Karma terus isteri bagi, haha.. Nasib lah Mark, hahaha.. Lawak tengok.. “
” Halus je wife dia bagi ayat, tapi deep betul.. Tu lah berani2 sangat nyanyi lagu macm tu.. Lirik pun macam tengah nak hadap maut.. “
” Hahahahaha bahaya lagu ni Mark. Kena part kt lirik dia pandang wife dia.. Sedap suara anyway, layan je dengar.. ”
” Ahahaha.. Karma tu Mark.. Klu saya.. Saya off radio tu.. Haha.. “Karma” aku langsung tak jangka itu perkataan yg kluar, haha.. “
” Punchline trus dia bagi ye Mark-karma.. Awal2 dia dengar je kau nyanyi Mark, last2 dia bagi seketul ayat yang tak boleh nak hadam, haha.. “
” Nasib dia tak suh Mark turun dr kereta je.. Aku tak pecah peluh dengar Mark nyanyi, haha.. Tapi ayat dia bagi.. Memang powerr.. “
” Niat nak test suara tu tak salah, lirik lagu tu yang salah Mark, hahaha.. Setempek kena ayat karma kan.. Ambik kau Mark.. “
Lawak tengok muka Mark part last, ramai yang terhibur mendengar apa yang dikatakan oleh Ezan. Bahkan ada yang menyakat Mark, lagu yang dinyanyikan oleh Mark ini sangat bahaya dan meminta Mark agar tidak lagi menyanyi lagu itu, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG markadam1079
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Amira ni penenanglah, yang sakit dia, dia pulak yang tenangkan Fattah.. ” – Komen Netizen




