Artis / Selebriti
” Awak tu dah lah ibu tunggal. Kalau sakit pening, mantan ni jugak lah yang akan hantar pergi hospital.. ” – Dato’ Red
Video Adira Menelefon Dato’ Red Ketika Dato’ Red Sedang Live Di Tiktok Raih Perhatian Ramai. Wah Adira Masih Report Dato’ Red Ke Mana Dia Nak Pergi. Tapi Selamba Je Dato’ Red Panggil Adira ‘Ibu Tunggal’, Haha !!
Bagi yang pernah mengikuti video live Dato’ Red di akaun TikTok pasti akan terhibur dengan telatah Dato’ Red. Sambil menjual, Dato’ Red sering berkongsi mengenai kisah kehidupannya. Umum mengetahui Dato’ Red dan penyanyi Adira Suhaimi baru sahaja sah bercerai talak 1 pada bulan April yang lalu.
Meskipun sudah bercerai, mereka dilihat masih akrab dan Adira juga selalu membantu Dato’ Red berniaga. Terbaru, meninjau di akaun Tiktok putehhhx telah dikongsikan sedutan video live Dato’ Red. Menerusi video itu, tiba-tiba telefon Dato’ Red berbunyi ketika Dato’ Red sedang mempromosi barang yang dijualnya.
Seloroh Dato’ Red, gara-gara ramai yang ‘menyeru’ nama Adira, Adira telah menelefonnya. Difahamkan Adira menelefon Dato’ Red untuk memberitahu yang dia mahu keluar pergi bekerja. Dato’ Red menyuruh Adira banyakkan berehat kerana terlalu banyak bekerja.

Dato’ Red berpesan kepada Adira agar berehat seketika kerana Adira penat bekerja. Malah Dato’ Red sempat berseloroh jika Adira tidak sihat, dia selaku mantan suami yang terpaksa membawa Adira ke hospital kerana Adira sekarang sudah bergelar ibu tunggal.
Tonton video di bawah ini :
@putehhhx #datored #abgred #adirasuhaimidatored #datoredadira #adirasuhaimireal #adirasuhaimi #adirasuhaimidatukred #abgredadirasuhaimi
Di ruangan komen, ramai yang menyukai video ini dan memuji sikap Dato’ Red yang begitu mengambil berat kepada Adira walaupun mereka sudah tidak bersama. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Seronok tgk live Dato Red. Hari2 tgu live Dato Red. Kdg tu terlepas jgk live dato.. Live Dato Red sgt menyeronokkan.. “
” Dalam eddah lagi Dato.. Masih ada harapan.. Apa lagi Dato.. Usaha tangga kejayaan.. Haha buang ego masing-masing.. “
” Eeeiiii suwikk tgk Ami dgn Dato ni.. Moga hubungan makin baikk dan rezekii rujukk kembali ya.. Kami tak sabar nak dengar berita baik.. “
” Alhamdulillah masih hntr laporan, hehe.. Semoga Dato dan Adira juga dgn datin kembali bertaut. Amin kami semua doakan.. “
” Ewah kemain take care yer Dato, hehehe.. Ami tu masih sayang, mahu tapi malu.. Faham2 lah Dato, perangai perempuan ni.. “
” Hahahaaha dia balukan Ami, amboii kuat menyakat betul.. Bagus Adira, masih call bagi tahu nak pergi mana.. Terbaik lah.. “
” Alangkah bahagianya kalau pasangan ini kembali bersatu sebagai suami isteri.. Masih ada harap Tok Red, pls lah pujuk Ami.. “
Dalam masa yang sama, ramai peminat memuji sikap Adira juga yang masih menelefon Dato’ Red memberitahu ke mana dia pergi. Adira juga masih menghormati Dato’ Red yang pernah menjadi suaminya. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang baik-baik buat pasangan ini. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok putehhhx, IG adira.suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen



