Artis / Selebriti
” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar
Video Que Haidar menelefon Elly Mazlein buat ramai terhibur. Wah mesti ramai tak sabar nak tengok Abang Jamil dengan Kak Kepom bergabung, confirm meletop nanti. Cakap dalam telefon pun dah kelakar, haha..
Penangan video Jamilah benar-benar memberikan impak apabila pelakon terkenal, Que Haidar yang kini dilantik sebagai duta raya bagi syarikat tekstil dan pakaian terbesar di Malaysia, Jakel. Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh pihak Jakel menerusi laman Instagram mereka selepas meneliti personaliti dan karakter yang dimiliki aktor berusia 46 tahun itu.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik Que, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan dirinya menelefon rakan selebriti, Elly Mazlein yang juga merupakan duta Jakel. Di ruang kapsyen, Que memaklumkan bahawa mereka akan bekerjasama untuk kempen bersama Jakel tidak lama lagi, sekaligus mencuri perhatian ramai peminat.
Menerusi video tersebut, Que sempat bertanya kepada Elly sama ada dia mengenali suaranya. Dengan nada berseloroh, Elly terus menyahut dan mengatakan bahawa dia sangat mengenali suara tersebut tanpa ragu-ragu. Elly juga sempat bergurau mengatakan bahawa Que kini mewakili ‘lelaki satu Malaysia’.

Menerusi perbualan itu, Elly meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk bertemu Que bagi persiapan kempen bersama. Perkongsian video tersebut turut menarik perhatian warganet yang menyatakan bahawa mereka tidak sabar menantikan gandingan Que dan Elly di Jakel.
Tonton video di bawah ini :
@quehaidar Nantikan saya collab dengan @Kakak Lina Pom Poms nanti di Jakel hehe #ingatkainingatjakel #jamilah #ellymazlein
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur mendengar perbualan Que bersama Elly. Antara komen-komen menarik adalah :
” Abis la Que dgn Jakelina bergabung.. Mesti meletup iklan raya nanti.. Tak sabar nak tengok gabungan mereka ni.. “
” Respek kak Lina sentiasa menyokong sape2 saja, tak menjatuhkan org lain, semoga makin meriah kerjasama Abg Jamil dan Kak Jamilina.. “
” Terbaik Jakel, Kak kepom no syaatu,Q Haider dan Kamal Adli hebat Semua Duta 2026.. Meletop lah tahun depan… “
” Nih collab dengan kak kepom meriah jakel tahun depan.. Hahahaa Kepom plih Jamilah ke Kak Tipah, ahhaa.. “
” Dengan aku sekali tersenyum memang no shatuuuuu lh.. So happy lah, tahniah Que jadi duta Jakel.. “
” Ini mmg ditunggu² .. Bersama Jakel-Lina..A rghhhhh tak sabar nak tggu konten kak kepom dgn abg jamil.. “
” Huru hara lah nanti, tambah plk Kak Lina jenis masuk air, Que pulak kaki menyakat.. Hahaha pandai Jakel cari duta.. “
Dengan personaliti mereka yang penuh humor dan bersahaja, ramai menjangkakan kempen raya Jakel kali ini bakal menjadi antara yang paling meriah. Sama-sama kita nantikan hasil gandingan dua figura popular ini yang pasti akan mencuri perhatian ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok quehaidar, IG iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen

