Connect with us

Artis / Selebriti

” Auto nangis dengar ayat Adrian. Ayat tu bukti Allah sentiasa dalam hati anak soleh ni.. ” – Komen Netizen

Video kata-kata semangat anak kedua Amyza Aznan, Adrian Adam khas untuk ibunya yang sedang bersedih buat warganet tersentuh. Begitu soft spoken dan tutur kata yang menenangkan. Anak yang hebat..

Tiada rasa yang paling sakit untuk seorang ibu apabila anaknya pergi dahulu untuk selama-lamanya. Amyza Aznan kini dalam fasa kesedihan yang paling dalam apabila anak sulungnya, Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir akibat kanser paru-paru.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Amyza Aznan, telah diulangsiar satu video yang memaparkan ucapan khas anak keduanya, Adrian Adam khas untuk Amyza. Adrian juga seorang pejuang kanser dan baru sahaja disahkan mengidap kanser tulang baru-baru ini.

Sebagai anak, Adrian juga sedih melihat keadaan ibunya itu. Adrian anak yang sangat lembut bicaranya, tersusun indah tutur katanya dan berbudi bahasa. Kata Adrian, semua yang hidup itu pasti akan melalui saat kem atian dan ma ti itu adalah pasti.

Pesanan Adrian untuk ibu tersayang menyentuh hati warganet. Adrian cuba menjadi kuat supaya ibunya kembali bangkit dan tidak sedih berpanjangan. Beruntung Amyza ada anak seperti Adrian.  Adrian juga bukti betapa bagusnya didikan dan asuhan Amyza dan suami terhadap anak-anak mereka.

Jom tonton video di bawah :

 

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” MashaAllaah, akak seorg ibu yg hebat melahirkan anak yg baik dan soleh. Saya doakan anak akak diberikan nikmat kesembuhan yang sempurna, kesembuhan yang tidak meninggalkan sedikit pun rasa sakit di dalam tubuhnya.. “

” Semoga Allah angkat segala kesakitan yang ditanggung, hilangkan sel kanser itu 100% tanpa berbaki walau sedikit pun, dan gantikan dengan kesihatan yang kuat serta tubuh yang sihat sepenuhnya.. “

” Nak jadi soft spoken camni memang betul2 daripada mak ayah yg hebat. salam takziah buat seluruh keluarga.. Ya Allah, hebatnya seorang anak redha dgn ketentuan Allah.. “

” Allah dah tentukan… ayat ni bukti Allah sentiasa dlm hati anak-anak soleh ni.. auto nangis dengar ayat Adrian ni. dia cuba kuat untuk mak, ayah dan adik walaupun dia pun sedang berjuang.. “

” Anak yang hebat dan kuat lahir dari didikan ibubapa kang kuat.. bangga dgn anak akk kerana sgt positif kuat dan tabah dalam hadapi ujian ALLAH YG ARWAH ABGMYA sudah diambil ALLAH KEMBALI.. sedangkan nya pon hadapi ujian sakitt yg sama.. “

” Matangnya cara dia cakap.. tengok adrian adam ni pun rasa macam redha ja .. kita tak tahu lagi apa yang nak kena hadap lepas ni.. hati jadi runtuh risau.. semoga sembuh.. “

” Soft je percakapan dia. MasyaAllah hebat ank ini.. moga diberi kesembuhan juga padamu wahai anak. kata-kata yang ikhlas daripada seorang anak untuk ibu yang tengah bersedih.. “

Adrian sangat matang dan redha dengan ketentuan Allah. Hebatnya anak ini memberi ibunya kata-kata semangat walaupun dia sendiri sedang bertarung melawan sakit. Semoga Amyza kembali bangkit dan Adrian akan sembuh seperti sedia kala.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amyza Aznan   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak