Artis / Selebriti
” Auto jadi Pandelela Rinong bapaknya, haha.. ” – Netizen
Video Anak Achey Bocey, Tiara Zinnirah Menolak Achey Ke Dalam Kolam Buat Ramai Terhibur. Kesian Si Ayah, Tak Sempat Nak Tunjuk Skill Terjun, Dah Kena Tolak Dengan Anak. Berdekah Tiara Gelakkan Ayah Dia, Haha !!
Nama pelawak Achey Bocey memang sangat dikenali ramai. Bagi yang suka mengikuti perkembangan Achey pasti mengetahui yang Achey mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Tiara Zinnirah. Tiara diambil oleh Achey sejak kecil lagi dan menjaganya sehinggalah sekarang.
Bagai ditatang minyak yang penuh, begitu lah kasih sayang Achey dan isteri terhadap Tiara. Banyak video yang dikongsikan oleh Achey mengenai Tiara. Sekarang Achey dan isteri membantu Tiara membuat perniagaan gula-gula dan perniagaan itu maju serta mendapat sambutan daripada orang ramai.
Terbaru, meninjau di akau Instagram, Achey memuatnaik video yang memaparkan dirinya bersama Tiara di sebuah kolam renang. Pada awalnya Achey seperti mahu menerjun ke dalam kolam dan minta Tiara berada di belakangnya. Namun tidak disangka, Tiara terus menolak Achey yang masih belum bersedia untuk terjun ke dalam kolam.

Kedengaran suara Tiara ketawa kuat selepas melihat ayahnya berada di dalam kolam. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang berseloroh mengatakan Achey mengambil masa yang lama untuk terjun dan itu membuatkan Tiara tidak mahu menunggu.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya memeluahkan rasa terhibur selepas menonton video baru Achey dan Tiara. Antara komen-komen menarik adalah :
” Auto jdi pandelela rinong bapaknya, hahaha.. Dah lambat sangat turun, beng4ng laa Tiara tu dia pun nak masuk kan, hahaha lawak betul.. “
” Pandai dia kenakan ayah ye.. Lepas tolak terus ketawa.. Comel btul.. Smoga jdi anak yg baik dan solehah ya buat ayah dan ibu.. “
“Gerammm la Tiara rasa nk gomol² peluk² je dia. Teringat kat anak spupu sy 2 beradik pompuan. 2 2 bambam. Mmg selalu sy sakat diaorg.. “
” Baru nak feeling feeling lagu hahaha.. Sekali lain pula jadinya… Haha.. Aduiii comel betul perangai Tiara, mudah terhibur.. “
” Hahahaha plot twist betul lah video ni.. Ingtkan last sekali jadi yang indah2, lain pula jadinya, hahahaa.. Tiara kuat kacau ayah lah.. “
” Ayah baru nak feeling2 penerjun negara.. Sekali Tiara tolak terus terjunam, hahaaha mahu dapat markah terendah kalau macam ni.. “
” Bertuah punya anak, hahaha slumber je dia tolak ayah dia mcam kawan2.. Hahaha last tu mesti kena mar4h kan, hahaha baru nk tnjuk cara terjun.. “
Tak sempat Achey nak tunjuk skill terjun, sudha kena tolak dengan Tiara. Sempat lagi Tiara ketawa selepas menolak ayah dia. Apa-apa pun ianya sekadar gurauan dua beranak ini. Semoga Tiara menjadi anak yang baik, solehah, penyejuk hati buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG acheykintangkintung
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantiknya, macam Che Puan Khaleeda bakal menantu Abby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku makan, roti tu pammm jatuh.. ” – Syamsul Ghau Ghau
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen



