Artis / Selebriti
” Attitude seorang biduanita, dia takkan perlekehkan orang lain yang bawa lagu dia.. ” – Komen Netizen
Video reaksi Dato’ Seri Siti Nurhaliza ketika melihat persembahan lagu Nirmala nyanyian anak didik Adira Suhaimi, Atikah Rose dalam program The Chosen One. Tajam betul pendengaran Tokti, lembut je Tokti tegur..
The Chosen One musim kedua mempersembahkan coach dan anak didik yang hebat belaka. Antara yang menjadi perhatian adalah anak didik kepada Adira Suhaimi iaitu Atikah Rose. Minggu ini, Atikah membawakan lagu nyanyian DS Siti berjudul Nirmala.
Meninjau entry di akaun Instagram Astro Ceria, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Siti menonton persembahan Atikah itu. Pendengaran DS Siti benar-benar tajam, cukup dengan lirik pertama sahaja DS Siti sudah boleh menangkap Atikah berasal dari Sabah negeri di bawah bayu.
Atikah menghidangkan penonton satu persembahan yang baik dan menghiburkan. DS Siti sendiri teruja melihat persembahan oleh Atikah itu tetapi ada beberapa perkara yang ditegur oleh penyanyi nombor 1 negara ini untuk Atikah supaya diperbaiki lagi.

Kata DS Siti, lagu Nirmala lagu yang susah untuk dibawakan kerana ianya lagu tradisional yang rancak dan memerlukan untuk penyanyi menari. DS Siti memuji Atikah kerana berani membawa lagu yang susah ini. Selain itu, DS Siti juga berpandangan Atikah boleh pergi jauh lagi dalam industri nyanyian. Perbaiki pernafasan, pelajari lebih lagi lenggok-lenggok tradisional, tiada yang mustahil untuk Atikah lebih maju jaya di masa hadapan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Terbaik Atikah.. Lagu nirmala memang susah gileeee.. kalau kita nyanyi mesti sumbang.. bukan sekadar sumbang. Mengundang stress org sekliling.. “
” Saya orang Sabah pun tak dapat cam dia orang Sabah. hebat lah tokti ni, dia dengar je dia dah tahu.. orang tu nervous pun tokti boleh detect.. “
” Tokti pun ckp bwa lagu ni memang susah kn… tapi tokti cakap atikah boleh pergi jauh insyAllah.. “
” Aku cuba bawak lagu ni, suara aku hilang 3 hari haha.. bagusnya tokti bg Komen. sangat-sangat membina. dalam intonasi yang lembut tapi boleh buat orang lain terinspirasi.. “
” Attitude sorg biduanita dia takkan perlekehkan org lain yang bawa lagu dia walaupun lagu yg peserta tu bawa agk teruk.. “
” Hebat atikah terbaik bawa lagu susah.. bwat lagi dn lagi sehabis baik syabas juga tikah masuk final.. komen tokti positif lagi membina semangat.. “
” Komen tokti ni kan, kita dengar pun rasa tenang je. Tokti ni dia always positive feedback.. tak pernah nk kutuk-kutuk orang, nasihat pujian dia ikhlas, tak fake.. “
Masih banyak masa untuk Atikah gilap bakat nyanyiannya itu. Semoga Atikah mengambil semua komen-komen daripada DS Siti ini untuk menjadi lebih terbaik dan menyerlah. Terima kasih DS Siti kesayangan ramai yang selalu memberikan pandangan membina.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Ceria
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen

