Artis / Selebriti
” Asal aku tengok ni, aku rasa sebak. Kak Lina ramai yang sayang.. ” – Komen Netizen

Video Elly Mazlein kena serbu dengan pelajar-pelajar di sekolah, cara Kak Lina menyantuni mereka buat menyentuh hati ramai. Sampai-sampai je terus peluk adik-adik. Ada yang minta Kak Lina sign kat baju sekolah..
Siapa yang tidak kenal dengan pemilik nama Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pompom. Personaliti dan karakter Kak Lina yang baik hati, penyayang dan tidak sombong itu membuatkan ramai peminat yang menyayangi Kak Lina.
Meninjau entry di akaun Instagram Elly Mazlein dan Astro Ceria, telah dikongsiakn satu video yang memaparkan telatah Kak Lina ketika berkunjung ke sebuah sekolah. Kehadiran Kak Lina disambut dengan penuh gembira oleh semua pelajar yang berada di situ.
Ramai yang menyerbu Kak Lina ketika Kak Lina mendepakan tangannya untuk memeluk mereka. Mereka juga menghulurkan tangan untuk bersalam dengan selebriti kesayangan ramai ini. Mesra sahaja Kak Lina melayani adik-adik ini dah ianya menyentuh hati warganet.
Tidak terhenti di situ, Kak Lina juga memenuhi permintaan pelajar untuk mendapatkan autograf Kak Lina. Ada yang menghulurkan buku dan tidak kurang juga yang rela menghulurkan lengan baju sekolah masing-masing untuk Kak Lina turunkan tandatangan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun mencatatkan lebih 4000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Budak pun suka kepom. vibe positif always dr kepom. patut kslom my syatu.. Mak x jd marah tgk kepom yg sign kt lengan baju.. “
” Balik kene libas dengan mak kau main conteng2 baju ye dik.. tapi silap-silap mak bawak masuk frame.. “
” Ramai nya peminat-peminat kecil kak lina, orang baik ramai sayang.. Mama Lina ramai yang sayangggg.. “
” Asal aku tgk ni.. aku rasa sebak.. Kak Lina ni kannn suka tau buat air mata kita bergenang.. love kak Lina.. “
” Happy birthday kak kepom. Terima kasih sudi singgah ke sekolah lama saya. Seronok anak-anak tu.. “
” Sayang kepom.. dia x kira siapa… semua dia layan.. terbaik kak kepommm.. Tak baikk ekk apomm buat org nangehhh.. “
” Selamat hari lahir kepom.. no syatu.. Rmai yg sayang kak lina.. she’s pure golden heart.. bestnya semua dapat jumpa kak lina.. dapat peluk lagi.. “
” Sanah helwah kak lina.. semoga panjang umur , sentiasa diberi kesihatan yg baik , umur yg berkah, sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa dlm rahmat dan lindungan Allah swt.. aamiin ya rabbal aalamiin.. “
Seronok semua dapat bertemu mata dengan Kak Lina. Kak Lina pun cukup sporting melayani telatah pelajar-pelajar tu. Selamat ulangtahun kelahiran Kak Lina daripada kami di Berita Kopak. Semoga Kak Lina terus dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan berbahagia selalu bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral4 days ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral2 days ago
” Mama dia masuk, mama dia sebut 1 perkataan yang buat saya sebak.. ” – Wakil Pengurusan Jenazah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ingat Amayan dah lawak, Cess lagi lawak rupanya. Bahasa baku pun ke laut dua beradik ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Jika laporan itu wujud, mengapa ia tidak dikemukakan kepada pihak keluarga dan pasukan peguam ? ” – Dato’ Zaharil
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Last-last anak-anak Bella sendiri yang bagi big hint. Menggelabah terus Didi, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Ya Allah, dia yang kehilangan anak tapi dia masih boleh bagi semangat.. ” – Ustazah Marhamah
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Anak nak fly jauh weh. Touching la kita tengok Faz packing. Siap kiss pulak tu.. ” – Komen Netizen