Artis / Selebriti
” Artis yang paling humble dan baik.. ” – Netizen
Raikan Dua Orang Bakal Ibu Iaitu Siti Sairah Taruddin Dan Ezza Yusof, Ramai Puji Sikap Baik Fasha Sandha. Wah Bagusnya Fasha Meraikan Sahabat Baik. Semuanya Cantik Belaka, Betul-Betul Naik Seri Ibu Mengandung Ezza Dan Sairah !!
Meninjau ke akaun Instagram Ezza Yusof, perkongsian beberapa gambar dan sebuah video ketika satu majlis istimewa yang diadakan khas buat Ezza dan juga Siti Nursairah telah meraih perhatian ramai. Majlis ini diadakan oleh Fasha Sandha buat dua sahabatnya ini.
Fasha mengadakan majlis ini untuk meraikan Ezza dan Siti Nursairah yang bakal menyambut cahaya mata tidak lama lagi. Ezza merupakan isteri kepada pelakon Remy Ishak bakal menyambut cahaya mata pertama, manakala Siti Nursairah pula bakal bersalin cahaya mata kelima.
Bertemakan warna putih, kesemuanya nampak cantik dan berseri. Dua buah kek disediakan untuk Ezza dan Siti Nursairah yang bertulis ‘ ready to pop ‘ dan dihiasi dengan belon berwarna pink dan biru. Agak-agaknya siapa akan dapat baby girl atau baby boy ye.

Perkongsian ini telah menerima lebih 2 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik beberapa jam yang lepas. Persahabatan sebegini sangat sukar dicari dan ramai memuji sikap Fasha yang meraikan dua rakan baiknya ini. Pastinya menjadi memori buat mereka.
Jom tonton video di bawah :
( klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang memuji penampilan Ezza dan Fasha yang nampak cantik. Antara komen-komen yang diberikan :
” Artis yg paling humble dan baik. Sllu nmpk dia bagi mcam2 kat org sekeliling.. Comeynye ezzarl pkai white.. Berseri2 mommy to be.. “
” Kak ezzarl.. malam tdy saya mimpi akak dh bersalin baby girl.. pagi ni saya bukk IG nk tengk rupanya belum lgi.. Semoga semuanya dipermudahkan .. “
” Mudah-mudahan dipermudahkan semuanya bersalin nnt.. seri betul ibu mengandung.. Kalau baby girl mesti jadi anak manja daddy nya.. “
” MashaAllahhh so glowingggg mader.. Berseri2 muka mommy to be .. Alhamdulillah… sahabat2 yg baik pun adalah satu rezeki.. “
” Awwwww.. Semoga keduanya dipermudahkan urusan bersalin kelak. Lawa sungguh fashasandha moga semuanya slmt melahirkan amin .. “
” Insan yg sgt baik hati.. sy dh follow akak lamaaa dah.. suka energy positive kak ezzarl mga Allah permudahkan urusan bersalin semuanyaa aaamiin ya robb.. “
” Suka fasha pakai baju dari azuracouture cntik sgt..dari dulu lagi suka design2 yg dia pakai cantik .. Ohh baru tahu..kk fashasandha tu sahabat baiknya kk Erah sitinursairahtarudin ye… ingatkan sahabatnya TokTi.. “
Seronok mempunyai persahabatan sebegini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga kedua-duanya iaitu Siti Nursairah dan Ezza dipermudahkan segala urusan sehingga ke saat melahirkan nanti. Semoga segalanya dalam keadaan selamat dan baik-baik belaka. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ezzarl
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar


