Artis / Selebriti
” Argghh sudah, Fatah Bell pulak. Terbahak aku Bell weh.. ” – Komen Netizen
Video Bell Ngasri memperkenalkan namanya sebagai Fattah Bell ketika mengacara rancangan Hiburan Minggu Ini buat ramai terhibur. Adui lah Bell, berdekah penonton gelak dengar ayat Bell. Lawak sungguh lah, haha..
Rezeki Bell Ngasri tak putus-putus dan jadualnya sentiasa penuh dengan pelbagai show. Bell adalah pelakon dan pelawak yang kekal relevan sejak dari dulu sehingga sekarang. Jenaka Bell begitu spontan dan ianya cukup menggeletek hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Meninjau entry di akaun Tiktok Radio Televisyen , telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan Bell bergandingan bersama Nadia Hasnan sebagai pengacara rancangan Hiburan Minggu ini di saluran Radio Televisyen Malaysia ( RTM ).
Ketika Nadia memberikan kata-kata pembukaan dan memperkenalkan diri, Bell membuat kelakar dengan menyebut namanya sebagai Fattah Bell. Mendengar sahaja nama Fattah Bell, segera Nadia menegur dan mengatakan itu bukan nama Bell.

Bell dengan muka selamba membetulkan kembali ayat pengenalannya itu dan menyebut Bell Ngasri yak yak yeaa. Bell sememangnya suka bergurau dan senda gurauannya ini lah yang menceriakan suasana. Bak kata Fattah, Bell mampu mengubah suasana menjadi ceria.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@radiotelevisyenmalaysia ‘Unexpected’ betul yang ini😂 Siapa layan HMI #TangkapJiwang minggu ini? 🙋🙋♀️ #HiburanMingguIni #HMITangkapJiwang @NADIAHASNAN @bellngasri
♬ original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih hampir 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Argghh sudah Fatah Bell pulak Haha.. best Fattah Bell… unexpected betul Bell ni.. mhi memang besy layan jiwang betul.. “
” Fattah Bell adui terbahak aku Bell weh… bell jadi Fatah ek.. selepas potongan 50% la ketinggian.. “
” Patut guna Bell Amin haha.. nak jugak tu bagi ada tempias Fattah tu.. Fattah Bell versi tak cukup inci haha.. “
” Aduh ulang-ulang kali tengok video ni.. Bell Bell kebaboom tul lar haha.. nk jugak tu.. Bell punya lawak tak boleh bawak bincang haha.. “
Jauh betul perginya Bell Ngasri dengan Fattah Bell tu. Ini tentu gara-gara live bersama tempoh hari. Kalau sudah namanya Bell, tak pernah tak lawak. Tidak perlu try hard untuk membuat lawak, spontan dan simple seperti itu pun sudah cukup untuk membuatkan semua penonton tergelak besar.

Fattah Bell pun boleh lah Bell, yang penting ada Bell di hujung. Meriah betul HMI apabila ada host yang lawak seperti ini. Semoga Bell terus dimurahkan rezeki dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, terus menghiburkan peminat dengan jenaka spontan Bell seperti itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG RTM, Tiktok RTM, IG Nadia Hasnan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baru je nak bahan Dato’, sekali kena balik. Tak boleh simpan rahsia Dato’ Aliff ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Spacedollah selamba je pecah rahsia Bella dengan YB Saddiq eh. Abang ipar green flag lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku sangat-sangat tak sangka Si Haziq punya kawalan vocal sangat super, sedap lah dia menyanyi.. ” – Komen Netizen

