Artis / Selebriti
” Angau teruk dah ni. Irfan sampai dah melompat dengar Kak Long sebut tu, nasib pandai cover.. ” – Komen Netizen
Video Amira Othman tersasul menyebut nama Fattah Amin ketika sedang live bersama adiknya, Irfan Haris buat ramai terhibur. Alamak, macam tu je Kak Long terkantoi. Bak kata Irfan, bagi vitamin sendiri, hehe..
Meninjau di akaun TikTok milik cute08628, telah dikongsikan sedutan video live Irfan Haris bersama kakaknya, Amira Othman. Menerusi video itu, pada awalnya, Ifran dan Amira bersembang-sembang mengenai kepulangan Amira daripada menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.
Pada ketika itu ada peminat yang berkata wajah dua beradik ini kelihatan seiras. Amira yang dalam keadaan letih dan mengantuk, tiba-tiba tersasul menyebut nama Fattah. Apabila menyedari apa yang dikatakan oleh dirinya itu, terus Amira gelak dan menyembunyikan wajahnya daripada paparan kamera.
Bukan itu sahaja, Irfan juga turut memberikan reaksi gelabah apabila mendengar apa yang disebut kakaknya itu. Sempat Irfan cuba cover line dengna berkata Amira menyebut nama Fattah gara-gara membaca komen daripada warganet. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang terhibur dan mengatakan telatah Amira itu dilihat sangat mencuit hati. Seloroh mereka, benar apa yang dikatakan oleh Pak Azad sebelum ini yang Amira hanya memikirkan Fattah sahaja. Sehingga kini, video Amira tersasul menyebut nama Fattah telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@cute08628 vitamins 🤍🫶🏼💙🦋 #amiraothman #irfanharis #fattahamin #bilanakkahwin #masyaallahtabarakkallah #🥰🥰🥰🥰❤️❤️❤️ #alhamdulillah #viral #tiktokviral #trending
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur dengan telatah Amira. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Dia mengantuk dan penat sampai boleh tersasul sampai kantoi, haha.. Betul lah kata Pak Azad, hidup kau Amira, kerja tgk igt Fattah je, haha.. “
” Kak long dah tahap teruk ni smpai Fattah angau dah kak long, haha.. Irfan sampai dah melompat dengar kak long sebut tu, nsb pandai cover.. “
” Tetiba cakap baca komen. Padahal cakap Fattah tu sambil pejam mata, hahhahaa.. Angau dah tahap teruk dah ni kak long oiii.. “
” Rasanya tdi live nama fattah tkde pulak kat comment mata kk ya pun tk tgk comment rasanya lah.. Pandai kak long cover kan, haha.. “
” Adehh tersyasyul la plak kak long ni, maalum lah seharian dgn abg long kan, kita paham kak long, kita paham dan dah paham sangat, hehehe.. “
” Baca komen la sangatttt, wekkk, mmg dlm kepala kak long tu ada nama abg long je kan.. Tapi tu pun tak nak mengaku dekat kami.. “
” Irfan tu menahan je nak usik kakya dia, hahaha.. Comel irfan bila kakaknya tertambah vitamin sendiri.. Hahahaha kelakar sangat tengok.. “
Amira pun tidak dapat menahan ketawa apabila diri sendiri yang kantoikan keadaan. Untuk sekadar info, sebelum ini kecoh di media sosial mendakwa Amira dan Fattah Amin telah mengikat tali pertunangan secara diam-diam. Walau bagaimanapun, mereka berdua menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan hubungan mereka sekadar rakan sekerja.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok cute08628, amiraaothman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti7 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya

