Connect with us

Artis / Selebriti

” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen

Video anak Erra Fazira, Engku Aleesya mendedahkan sesuatu mengenai ibu dan bapa tirinya, Ezwan Zain buat warganet terhibur. Adui Aleesya, ni kalau mom dengar confirm kena bebel. Terlajak jujur ni Aleesya, hehe.. 

Sejurus selepas selesainya majlis ijab qabul Erra Fazira dan Ezwan Zain, pihak media mendapatkan pasangan mempelai dan ahli keluarga Erra untuk ditemubual. Anak perempuan Erra, Engku Aleesya juga tidak terlepas daripada disoal oleh pihak media mengenai mom dan bapa barunya itu.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hot  FM dan Sinar FM, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan sesi temubual Aleesya itu. Aleesya memanggil Erra sebagai mom dan untuk Ezwan pula buat masa ini Aleesya memanggilnya sebagai Uncle Ezwan.

Aleesya mendedahkan sikap sebenar Ezwan yang dapat dilihat sepanjang perhubungan ibunya bersama duda anak satu ini. Aleesya turut berkongsi sesuatu mengenai Erra yang mungkin ramai tidak mengetahuinya kerana Erra dalam dunia realiti dan drama adalah berbeza.

Anak dara Erra ini turut meluahkan harapannya agar Ezwan dapat menjaga ibunya dengan sebaik mungkin. Kata Aleesya juga, Ezwan dan Erra adalah perfect combo dan dia sangat menyayangi dua insan ini. Comel ucapan Aleesya ketika ditanya perasaannya ketika masuk berarak mengiringi Erra. Pecah lagi rahsia Erra.

Jom tonton video di bawah :

Pandangan ibu Erra pula tentang menantu barunya itu :

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Baiknya tutur kata. Matang la Aleesya ni.. Pandai Erra sorok muka takut dia sebab dia primadona, hanya anak kandung je tahu wajah sebenar mom dia.. “

” Masya Allah she is such a mature lady. Doa kan baik untuk semua berempat juga.. cantik macam mom Aleesya ni. suka dengar dia cakap, tersusun je.. “

” Cantik Aleesya..tutur kata sopan..matang la Aleesya ni. Dah lama tak kawin kan hehe.. comel lah ayat Aleesya ni.. such a matured child.. “

” Anak je faham mak macam mana haha.. perfect duo kata aleesya.. comel sangat aleesya, dah lah cantik.. “

” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, hahaha.. comel la aleesya.. Anak dia tahu mak dia mcm mana… moga kalian happy as a family.. “

” Betul² melengkapi kan. Tapi jujur Aleesya ni. Mak dia Erra Fazira kot comel laaa, perfect combo.. Semoga perkahwinan Erra Fazira dan pasangan sakinah, mawaddah dan warahmah aamiin.. “

” Tomboyish dia bagi. Comel je Aleesya. Dah boleh geng Amayan dah ni. Straightforward. Anak yg baik, Alhamdullilah . Semoga berbahagia erra dan pasangan dan anak.. “

” Jujur sangat ni Aleesya haha.. Hahaha.. Ni after maknya nampak interview ni, mesti kena bebel an sebab mengata mak nya haha.. “

Terlebih jujur Aleesya apabila bercerita mengenai ibunya itu. Kalau Erra melihat video Aleesya ini selepas ini, tentu membebel panjang Erra pada Aleesya. Apa-apa pun, Aleesya merestui dan merasakan Ezwan adalah jodoh terbaik untuk ibunya. Semoga menjadi sebuah keluarga yang bahagia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Hot FM, IG Sinar FM

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak