Connect with us

Artis / Selebriti

” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen

Video pembantu peribadi YB Syed Saddiq, Jack mengumumkan sesuatu mengenai Bella Astillah dan YB Saddiq buat ramai tak keruan dan teruja. Wah dengar ayat Jack tu, memang tak sabar lah peminat BASS.. 

Selepas keputusan rasmi kes rayuan YB Syed Saddiq diumumkan beberapa jam yang lepas, YB Saddiq telah pun mengadakan satu sidang rasmi bersama wartawan yang setia menanti untuk sama-sama mendengar keputusan kes sejak dari pagi di Mahkamah Tinggi Putrajaya.

Ramai yang gembira kerana YB Saddiq telah pun terlepas daripada pertuduhan dan ramai yang berharap agar YB Saddiq dapat menumpukan perhatian kepada perhubungannya bersama Bella Astillah. Ramai yang ingin mengetahui perancangan YB Saddiq baik dari segi karier politik mahupun kehidupan peribadinya.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok TEAM BA’SS dan Tiktok Indah, telah dikongsikan jawapan yang diberikan oleh pembantu peribadi YB Saddiq yang mesra dengan sapaan Jack mengenai BASS (Bella Astillah & Syed Saddiq). Memandangkan ramai pengikut BASS yang turut hadir memberikan sokongan di mahkamah, Jack menjawab bagi pihak YB Saddiq.

Kata Jack, ramai yang ingin mengetahui hala tuju BASS selepas ini dan jawapan yang diberikan oleh Jack itu seolah-olah satu hint yang besar. Mendengar sahaja jawapan oleh Jack itu, pasti ramai yang tersenyum lebar dan mula menghitung hari.

Jom tonton video di bawah :

@yayaiireklj

Ok jackk,kami tunggu 🤣 #bellaastillah #syedsaddiq #fyp #foryou #foryoupage

♬ bunyi asal – TEAM BA’SS – TEAM BA’SS

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :

” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni.. penuh yakin lagi Jack umum tu.. Bila meeting AJK ni.. tak sabar nak jemput diri sendiri.. “

” Wow ada berita sangat baik Jack cakap.. berbunga bunga hati ni weh.. tak sabar tggu berita baik tu.. cepattttt laaa.. “

” Jack dah bagi hint dah tu korang.. Bahagianya seorang bapa, seorang ibu dan seorang Bella. YB tlg jaga Bella utk kami jgn disia2kan dia. Bella sgt istimewa jgn disakiti. Please.. “

” Lepas ni kita tunggu berita sangat baik yang Jack war-warkan tu.. Alhamdulillah moga termakbul hasrat pencinta BASS.. Aamin ya rabbal Alamin.. “

” Apa lagi berita yang sangat menggembirakan buat team BASS selain pernikahan mereka.. Tak sabar tunggu berita yang sangat baik tu.. “

” Jack cakap macam tu, untuk Team BASS dan MUDA. Adzim pun cakap ada kenduri besar di Muar nanti.. berita yang sangat baik wehh.. tak sabar.. “

” Jack bagi hint dah, standby gaiss.. Hint Jack bg tu terus mendoniaaaa. Jangan mungkir janji jack. tak sabar sudah ni nak dengar berita yg sangat baik tu.. “

Lagi tak sabar peminat BASS hendak mengetahui apalah berita tersangat baik yang Jack maksudkan itu. Ramai yang sudah berkira-kira untuk menjadi AJK majlis BASS andai pasangan ini bertemu jodoh. Apa-apa pun, semoga yang baik-baik sahaja untuk YB Saddiq dan Bella Astillah.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Indah, Tiktok TEAM BA’SS, IG Era

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Minyak Terbaru Jungle Girl
Glad2Glow Powder

Trending

Copyright © Berita Kopak