Artis / Selebriti
” Amboi bukan main lagi kak long Talita complain baby crying. Mulut macam bertih jagung, haha.. ” – Komen Netizen

Raja Ilya kongsi video gelagat anak sulungnya, Talita Love berceloteh mengenai adiknya, Royal Abraham buat ramai terhibur. Alamak Talita membebel apa tu, tak paham lah. Dah macam cakap Jerman je, hehe. Part Talita ajuk baby Royal menangis tu comel sangat..
Meninjau entry terbaru Raja Ilya di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak sulungnya, Talita Love berceloteh panjang mengenai adiknya, Royal Abraham. Talita kelihatan setia duduk di samping Royal yang sedang tidur di dalam baby cot.
Coret Raja Ilya di kapsyennya, tidak semua yang diperkatakan oleh Talita difahami dan dia cuma menganggukkan kepala ketika Talita sedang bercerita. Menerusi video ini, warganet dapat melihat Talita membebel tentang Royal yang suka menangis. Bukan hanya membebel, Talita juga mengajuk gaya adiknya itu.
Talita juga sama seperti Raja Ilya yang geram dengan Royal. Sambil ketawa, Talita mencubit manja pipi chubby adiknya. Seronok warganet mendengar cerita Talita itu. Kak Long Talita yang banyak mulut dan non-stop bercakap, memang cute sangat Talita ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Adik tak hiraukan kakak talita membebel.. bagus la dah training kak long pok pek pok pek tetap baby bro tido je.. “
” K Long Talita bebel aper tur.., baby nak sleep la.. Talita, keluar bahasa Jerman pun ada tuu, haha.. “
” Hahahhaa kakak pun comei betui.. semangat citer ala la tu.. Very talkative kaklong.. talita besar lg cerdik cantik sgt ni.. “
” Dia bgtau adik dia tidur dan menangis kot haha.. Ni kalau duk depan muka dia, tempias ke kita ni, haha.. “
” Penuh cerita kak long ye. lawak lah talita siap mengajuk adik nangis lagi ni.. talita sayang mulut nya mcm bertih jagung hehehe kenapa kakak talita comey sangat.. “
” Ehhh geram pulak ngan kakak baby ne bercakap.. Rasa nk peluk ni kak long Talita ni.. pintar sangat bercakap.. “
” Hai kak long Talita.. npe dah jadi macam mak joyah je mulutnya tu.. haha Anyway love both of u so much.. “
” Amboi bukan main lagi kak long complain ya baby crying.. Mommy… tunjuk sikit video dia time baby.. Mcmmana mommy struggle jaga dia yg kuat nangis time baby dulu haha.. “
Banyak betul mulut Talita ini, seronok warganet mendengar celotehnya itu walaupun tidak faham apa yang dibebelkan oleh Talita. Apa-apa pun, semoga Talita menjadi kakak yang baik untuk Royal Abraham dan anak yang solehah untuk kedua ibunya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Raja Ilya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago
” Patut la Ara cakap Syed Saddiq boyfriend dia. Tengok la layanan dia macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago
” Oh dia dah tak nak tengok sayalah. Saya faham.. ” – YB Syed Saddiq