Artis / Selebriti
” Amayan posing macam menang hamper PIBG sekolah. Reaction tu paling kelakar, haha.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Seri Aliff Syukri menghadiahkan sebuah beg berjenama mewah miliknya kepada anak sulungnya, Ammar Ahyan. Beg yang ada sentimental value, untung Ammar dapat. Tapi reaksi Ammar tu kelakar, tak tahu Ammar happy ke tak, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri, telah dikongsikan video yang memaparkan Dato’ Aliff ingin memberikan hadiah kepada anak sulungnya, Ammar Ahyan. Menerusi video itu, Dato’ Aliff sedang disolek dan menunjukkan sebuah beg berjenama Prada.
Kata Dato’ Aliff, beg itu sangat berharga kepada dirinya kerana beg itu dibeli pada 15 tahun lalu ketika dia baru sahaja kaya. Dato’ Aliff mahu menyerahkan beg berjenama kepada Ammar dan kelihatan Ammar datang kepada Dato’ Aliff untuk mengambil beg tersebut.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan terhibur melihat reaksi Ammar ketika menerima beg dariapda abahnya itu. Usik warganet, reaksi Ammar seperti baru sahaja menang menerima hamper PIBG sekolah.

Selain itu, ada juga memuji sikap Ammar yang sentiasa menghargai setiap pemberian kedua ibu bapanya dan tidak lekang di bibirnya mengucapkan terima kasih. Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@papalarisofficial Hadiah Terindah Buat Ammar Ahyan . Bag ini adalah bag Papa yang pertama beli dulu sewaktu Papa baru kaya. Bag ini usianya adalah 15 Tahun. Semoga Ammar suka dengan Bag yang abah Hadiahkan ini. #i
♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman – Aliff Syukri Kamarzaman
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Amayan posing macam menang hamper PIBG sekolah. Reaction tu paling kelakar, haha.. Dato antara idola sy kt malaysia ni.. Semoga dimurahkan rezeki selalu. Aaminn.. “
” Anak yg sangat bagus ..Wlupun hidup dalam kemewahan tp ttp menerima ape je yg diberi oleh ayahnye … Tak smua ank² cm Ammar.. “
” Ramai komen reaksi Amayan mcm menang Anugerah.. Memang menang Anugerah la tu.. Anugerah yg tak trnilai sebab itu pmberian Abah dia.. Ada anak esok bg pd anak dia pulak.. “
” Anak dia macam ambil anugerah cemerlang hahahahahahaha bagus la anak dato ni anak yang soleh.. Kita tengok pun tumpang happy.. “
” Amayan ni mmg limited ke reaction dia utk sehari ekk, haha ‘suka tak ? Suka.. ‘Tapi gituuu je lah muka, semuanya sama je, haha.. “
” Bila baru jadi ibu ni, feel dia rasa smpai ke sini, bila Dato serahkan beg je pun tapi sebaknya sampai ke sini, dgn harapan anak tu dpt meneruskan legacy dan kita bg padanya beg yg menyimpan beribu kenangan kita, means benda yg kita syg, kita bg pd anak.. “
” nilai’ beg tu adalah hadiah yg sgt² besar.. Terima kasih abah” tak lekang dari mulutnya bila abah beri apa2pun.. Walaupun duit seringgit.. Beradab betul Ammar ni. Anak yg baik dan hebat.. “
Apa-apa pun, hadiah yang diberikan oleh Dato’ Aliff kepada anak sulungnya itu sangat lah bermakna kerana beg tersebut mempunyai sentimental value buat Dato’ Aliff sepanjang perjalanan hidupnya bergelar seorang usahawan. Semoga Ammar akan menjaga beg itu sebaik mungkin seperti yang diamanatkan oleh abahnya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok papalarisofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Congrats Ayda for the 3rd baby. Cantiknya nama baby Ayda.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” I like your mum’s song.. ” – Azzahra Jiwa

