Artis / Selebriti
” Alooo comel, cute that nickname. Tak sabar nak tengok baby comel, Syasya mini.. ” – Komen Netizen
Ex-Dolla Member, Syasya Rizal Kongsi Berita Gembira Sedang Hamil Anak Pertama. Wah Rare Lah Cara Syasya Umum Hamil, Comel Nickname Untuk Baby Tu. Baby Bump Pun Dah Besar, Tahniah !!
Sebelum ini, bekas anggota Dolla iaitu Syasya mengambil pendekatan mengunci mulut daripada berkongsi mengenai kehamilan apabila tular video yang menampakkan ‘baby bump’ penyanyi itu yang semakin membesar ketika berjalan dalam air sambil dipimpin suaminya pada awal bulan lalu.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Syasya, memuat naik beberapa gambar terbaru bersama suaminya. Namun apa yang menarik pada gambar-gambar tersebut adalah helaian akhbar yang tertera ayat ‘Baby Emon is on the way’ (Baby Emon bakal dilahirkan).
Menerusi kapsyen pula, Syasya meluahkan rasa syukur dengan menulis ‘Alhamdulillah’ beserta dengan emoji baby. Jika dilihat pada penampilan Syasya sekarang, rasanya pasangan ini sudah tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata sulung mereka.

Perkongsian berita gembira oleh Syasya ini telah dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada warganet. Ramai yang mendoakan agar segala urusan Syasya untuk bersalin nanti akan dipermudahkan. Sehingga kini, gambar-gambar yang dikongsikan oleh Syasya menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian gambar-gambar di bawah ini :
(Klik butang KANAN> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, rata-rata peminat menyukai perkongsian oleh Syasya dan memberikan kata ucapan tahniah kepada Syasya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Pandai netizen meneka.. tahniah Syasya dan husband.. Baby emon – doraemon.. Hehehe so cute.. Alhamdulillah.. kiutnyaa baby emon.. “
” Semoga segala urusan syasya dan keluarga dipermudahkan dan dilancarkan proses melahirkan anak nanti.. Congrats to my fav celebrity couple.. “
” OMG little doraemon is cominggg.. Tahniah Syasya dh jdi ibu we happy for you. Tk care Syasya.. Awww baby bump.. “
” Alhamdulillah Tahniah syasya.. tak sabar nak tgok baby comel syasya mini.. My baby is having a baby.. baby emon so cute that nickname.. “
” Love u syasya.. Please stay safe & semoga sentiasa dalam lindungan allah ta’ala. Love from, brunei.. May Allah ease everything for you both.. “
” Alooooooo comellll semoga dipermudahkan urusan Syasya & husbandd menimbang anak pertamaaa.. congrats syasya and nas.. “
” Nobita + Shizuka bakal timang Doraemon (baby emon).. Alhamdullilah Suka tengok tengok syasya sekarang ni Tutup Aurat. cantik sangat. pandai Suami dia Didik dia.. “
Untuk sekadar info, Syasya melangsungkan pernikahan dengan Nasrullah dalam majlis tertutup yang berlangsung pada 21 April lalu. Ketika temubual sebelum ini, Nasrullah dan Syasya pernah memberitahu mereka meminati Doraemon. Mungkin sebab itu mereka memberi nickname Baby Emon untuk anak yang bakal dilahirkan. Tahniah Syasya dan suami, semoga dipermudahkan semuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG syasya.rzl, Google Berita Harian
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti7 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen

