Artis / Selebriti
” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
Video pertemuan Mawi dengan anak Ina Naim, Hadie Elfardie buat kali pertama buat ramai sebak. Tak sangka Mawi boleh mesra dengan Hadie macam ni. Bagusnya dua-dua, profesional sangat..
Sebelum ini, penyanyi dan penyampai radio, Mawi pernah diajukan soalan mengenai pandangannya sekiranya diadakan kolaborasi antara dirinya bersama anak sulung Ina Naim, Hadie Elfardie. Mawi sangat terbuka untuk berduet bersama Hadie sekiranya ada lagu yang sesuai untuk mereka berdua.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Cahayasmawi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pertemuan kali pertama antara Mawi dan Hadie. Walaupun baru pertama kali bertemu mata, kedua-duanya kelihatan mesra dan cepat serasi bersama.
Mawi bertanyakan kepada Hadie mengenai permintaan untuk melihat mereka berdua berduet. Hadie tidak menolak dan mengatakan dia sentiasa bersedia untuk bekerjasama bersama Mawi. Melihat cara Mawi melayani Hadie dan cara Hadie menghormati Mawi membuatkan warganet tersentuh hati.

Ramai yang terkenangkan peristiwa lama antara Mawi dan Ina. Allah sebaik-baik pengatur, sekarang apabila Hadie sudah dewasa, Allah pertemukan Hadie dan Mawi dan besar kemungkinan impian untuk melihat mereka berdua sepentas dan satu lagu akan menjadi kenyataan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Terbaik.. tak tahu kenapa saya rasa sebak, tuhan dan atur semuanya yang terbaik untuk Mawi dan Hadie.. Perancangan Allah terbaik.. macam mimpi boleh tengok mawi dan hadie bersama.. “
” Allahuakbar.. Bila redha dengan kehidupan yg Allah atur.. Semuanya baik2 aje.. Semoga dipermudahkan urusan kalian. Dua2 suara mantap bergabung dan mendonia.. “
” Alhamdulillah terbaik cahayaasmawi ekinmawi_cahaya….. terbuka dan professional… past is past… semoga mawi dpt turunkan ilmu yg ada buat hadie dan nasihatkan hadie agar jaga diri dlm industri seni ni.. “
” Wow Mawi dan Hadie onz. dua dua suara maskulin, boleh jadi fenomena mawi hadie ni.. confirm gempak.. tetiba sebak tengok mawi dan hadie.. “
” Napa aku sedih ni… Kisah mereka aku follow dri dlu.. sesungguhnya.. perancangan Allah adalah yg terbaik dan tiada siapa tahu. siapa sangka mawi dengan anak Ina naim.. “
” Ya Allah sebaknya rasa.. Allahumma barik. Semoga dipermudahkan segala urusan. X sabo nk tggu duet Mawi X Hadie.. muka pun seiras.. “
” Finally after 20 years.. luar biasa sungguh perancangan Allah kan.. sebak tapi gembira bila tengok mawi dan hadie. ni berpadu confirm meledak dan cipta fenomena baru.. “
Perancangan Allah sesungguhnya yang terbaik dan di luar jangkaan kita semua. Tiada siapa sangka 2 figura ini akan bertemu. Semoga Allah melancarkan dan mempermudahkan segala urusan Mawi dan Hadie dan lagu duet mereka ada dapat dirakamkan dengan secepat mungkin. Bersedia semua untuk fenomena Mawi x Hadie.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Cahayasmawi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti7 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen

