Artis / Selebriti
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen

Video suami Kiah Propa, Nazri Ismail buat kejutan panggilan telefon ketika Kiah menjadi jemputan di konti Radio buat ramai sebak. Terkejut Kiah bila tahu Nazri yang telefon. Sedihnya dengar kata-kata Nazri untuk Kiah. Menangis Nabil dan Pak Azad dengar..
Kisah Kiah Propa kembali menikahi bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail tular baru-baru ini. Tindakan Kiah menerima kembali Nazri sebagai suami dipuji ramai apatah lagi ketika ini Nazri sedang bertarung dengan penyakit cancer yang kini sudah pun berada di tahap 4.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era, telah dikongsikan sedutan video ketika Kiah menjadi tetamu jemputan team 3 Pagi Era. Kiah berkongsi cerita bagaimana hatinya terbuka untuk menerima Nazri kembali. 8 tahun lamanya Nazri memujuk Kiah untuk bersatu kembali dan asbab kanser, Kiah menerima Nazri kembali.
Ketika Kiah sedang ditemubual di konti, team Era turut mendapatkan Nazri untuk bercakap dengan Kiah dalam talian. Kiah pada awalnya tidak menyedari itu adalah suara Nazri. Perbualan yang awalnya kedengaran ketawa Kiah berakhir dengan juraian air mata oleh Kiah, Nabil dan Pak Azad.
Ikhlas daripada hati Nazri, dia sangat menghargai pengorbanan Kiah yang sudi bersusah senang dengan dirinya. Bukan mudah kerana Kiah perlu kuat untuk menjaga segala keperluan Nazri. Kiah meminta agar Nazri sentiasa kuat dan walau apa pun terjadi. Kiah akan ada selalu bersamanya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Wanita yg segini lh pghuni syurga nnt. Masya Allah… Hati seorang perempuan… Semoga kak Kiah sentiasa sihat, kuat semangat, panjang umur dan murah rezeki.. “
” Allahhuakhbar Banjir sgt2 dah ni. Sedihnya Ya Allah. Semoga Allah Permudahkan segala Urusan Dan Tetap lah menjadi yg Kuat Semangat. Cepat2 sembuh… Kak Kiah Mmg Baik Sgt.. “
” Sapa potong bawang ni… ngaku cepatttt.. Allahuakhbar…. semoga cepat sembuh, segala urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar, sentiasa dalam lindungan dan Rahmat dari Allah SWT… Aamiin Ya Robbal Alamiinnnnn.. “
” 08 hadir ..Follower tegar kak kiah .. selalu tgk update kak kiah kat tiktok.. Saya doakan kak kiah & abg nazri serta family dipermudah segala urusan, bahagia dunia akhirat .. Aamiin.. Aamiin.. “
” Masa live tadi aku tengok, mencurah-curah air mata aku keluar.. sebak sangat dengar ucapan laki kak kiah tu.. ikhlas dari hati.. “
” Auto mengalir air mata, dengan kita pun banjir airmata.. Hati kita Allah yg pegang.. smoga terus kekal bahagia till jannah InsyaAllah mudah2han hndknya aamiin yrb.. “
” Satu dlm sejuta.. ni baru “bidadari dari syurga”.. u memang idola utk semua wanita d abab ini.. moga Allah angkat sakit suami kiah dan sihat semula.. “
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga Nazri terus kuat berjuang melawan sakitnya ini demi Kiah dan anak-anak. Kami di Berita Kopak mendoakan agar Kiah juga dikurniakan kesihatan yang baik untuk berbakti kepada suaminya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, IG Kiah Propa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein