Artis / Selebriti
” Allahu, sedihnya tengok. Rindu yang tak terungkap.. ” – Komen Netizen
Video Uwais Alqarni dan Ariq Matin menangis ketika menonton Thalita membuat persembahan menyanyikan lagu arwah ibu mereka di konsert Talk To My Manager undang sebak ramai. Sedihnya tengok Uwais dan Matin..
Meninjau ke akaun Instagram Siti Sarah Raisuddin, perkongsian sebuah video yang memaparkan reaksi Uwais Alqarni dan Ariq Matin ketika menonton Thalita membuat persembahan menyanyikan lagu ibu mereka di konsert Talk To My Manager telah mengundang sebak ramai orang.
Ketika konsert minggu keempat ini, Thalita menyanyikan lagu berjudul Terakhir Buat Teman bersama penyanyi Hazama. Ketika di babak terakhir lagu tersebut dapat didengari suara Thalita bergetar menahan rasa sebak. Pastinya Thalita teringat akan arwah ibunya.
Hal ini turut mengundang rasa sedih di hati dua lagi adik-beradik Thalita iaitu Uwais dan Matin. Mereka berdua dilihat mengesat air mata menonton persembahan Thalita. Tambahan pula dipaparkan pada skrin pentas wajah arwah ibu mereka.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet dalam tempoh tidak sampai satu jam ia dimuatnaik. Rasa rindu anak-anak terhadap arwah Siti Sarah tidak pernah akan terpadam, kerana kasih seorang ibu itu terlalu istimewa dan tiada gantinya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, netizen juga turut menahan rasa sebak ketika Thalita menyanyikan lagu itu. Antara komen-komen yang diberikan :
” Aunty pon nangis dari semalam sebab lagu ni juga ditujukan untuk Arwah Aji (guitarist) tu pakcik aunty Al-Fatihah buat semua . Amin.. “
” Alamak semalam pun da banjir tgok uwais dgn matin nangis banjir lagi kita satu Malaysia pun sedih mengingatkan momen sedih pemergian arwah Siti Sarah.. “
” Kita yg lebih berumur lebih matang dari dorg bila hilang mak pun sakit tak mampu nak luah inikan dorg pangkat anak2 kita kena lalui ujian hebat ni kamu semua anak2 yg hebat .. “
” Bila dgr thalita menangis utk lirik akhir tu, jatuh air mata yg aku tahan dr mula persembahan dia. Aku cakap dlm hati jangan thalita menangis je ni… aku yg over japlagi.. “
” Knp AQ menangis bila nmpk dorg menangis Al Fatihah untuk Almarhumah Siti Sarah Raisuddin .. Ya allah sedihnye mngis aku hrini.. “
” Aduiyaiiii aunty tgh keje ni tau , tk memasal lari bawah meja lap air mata .. Matten paling mnja dia sorng yg kuat tpi part ibu mmg tk boleh cover wlaupun nmpk tuk jdi kuat.. “
” Allahu, sedihnya tgok.. Rindu yg tak terungkap.. deorang x sempat berjumpa buat kali terakhir dengan IBU deorang, yg deorang tahu ibu dah pergi selamanya dan hanya tinggal pusara utk dilihat.. “
Walaupun jasadnya telah tiada, namun doa, kenangan, dan didikan yang ditinggalkan akan sentiasa hidup dalam hati mereka. Semoga kerinduan yang menggunung itu menjadi kekuatan buat anak-anak untuk terus membesar dengan baik, membanggakan arwah ibunda tercinta, dan menjadi anak soleh serta solehah yang akan menghadiahkan doa tanpa putus di alam sana.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sarah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen

