Artis / Selebriti
” Allahu sedihnya, aku menangis dengar ayat Dato’ Red ni. Rayuan seorang ayah.. ” – Netizen
Video Permintaan Terakhir Dato’ Red Kepada Adira Dan Datin Red Buat Warganet Sebak. Sayunya Kata-Kata Dato’ Red Tu. Tulus Dari Hati, Serendah-Rendahnya Ego Diturunkan !!
Umum mengetahui perkahwinan Dato’ Adnan atau lebih dikenali sebagai Dato’ Red bersama isteri-isterinya, Datin Red dan Adira Suhaimi kini ibarat telur di hujung tanduk. Kedua-duanya telah pun menfailkan penceraian di mahkamah syariah dan menanti untuk kes diselesaikan.
Meninjau akaun Tiktok Khairisanuri, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan Dato’ Red ketika membuat live semalam. Menerusi video ini, Dato’ Red memberitahu permintaan terakhirnya untuk Datin Red dan Adira dan meminta agar warganet menyampaikannya kepada kedua-dua isterinya itu.
Tiada apa yang dimahukan hanya peluang untuk beraya sebagai suami pada tahun ini dan dapat meraikan bersama anak-anak. Sebolehnya Dato’ Red tidak mahu anak-anak tahu permasalahan mereka dan mahu beraya seperti sebuah keluarga.
Sedih mendengar luahan hati Dato’ Red ini, harapannya untuk menyelamatkan rumahtangga mungkin tidak kesampaian dan masanya juga sudah suntuk. Warganet yang menonton video ini juga meluahkan rasa simpati dan kesian kepada Dato’ Red. Semua orang pernah melakukan kesilapan dan ianya pasti akan menjadi pengajaran hidup pada masa hadapan.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )Β
@khairisanuri Permintaan terakhir kali untuk isteri2 Dato Red agar tarik balik permohonan penceraian mereka. #datored #fypγ·γviral #foryou #viral
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Semoga Adira lembut hati, kesian pulak tengok dato’ red ni. Dua-dua dia sayang dan kalau boleh tak nak bercerai berai. dia cuba kalau tak boleh dia redho.. ”
” sedih lah pulak, aku menangis.. Napa la aku yg terasa.. Sbb aku pernah lalui.. Last aku pilih untuk kembali sama smula.. Alhamdulillah… Pnjg jodoh kami.. ”
” Semoga baik-baik untuk dato’ red, datin red dan adira demi anak-anak.. faham dalam kepala dia fikir kebahagiaan anak-anak.. hati seorang ayah.. ”
” Aku touching weii bila dia rendahkan ego dia sebagai seorang ayah. Hal rumahtgga dia, tak nak ambik port.. ”
” moga sejuk hati isteri2. Isteri ni bila nmpk effort suami, inshallah dia pasti bg peluang. cuma, klu dpt peluang, jgn sia2 kan lagi. ramai mendoakan.. ”
” Sebak dgr rayuan seorang ayah. sorg suami yg Allah uji dgn tgn dh kosong.. semoga Allah permudahkn urusan ke2 isteri dan Abg red dgn baik2.. ”
” isteri2 dato tolong la jgn bercerai.. dato betul2 minta beraya dgn anak2.. adira dan datin red jgn la cerai.. aku menangis dengar ayat dato red ni.. ”
” Allahu.. sedihnya.. moga masih ada jalan untuk datuk red kembali bersama dgn isteri2 dan anak2.. aamiinn.. ”
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hati seorang ayah yang memikirkan kegembiraan anak-anak di hari raya. Mungkin jika Allah jentikkan sedikit rasa di hati semua, permintaan Dato’ Red ini akan termakbul. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Dato’ Red sekeluarga.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Khairisanuri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Habis keluar bahasa Korea Rina. Asal marah auto cakap Korea, comel Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Uii dia keluar keluar terus lagu Inggeris eh.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Encik Khairul tu memang sporting habis. Tak takut camera, macam dia pun artis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Icha dengan Izz macam betul ambil nota. Yang Una tu macam budak nakal dalam kelas, haha.. ” – Komen Natizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bobo ni lama lama tengok sweet jugak.. ” – Ummi Nazeera