Connect with us

Artis / Selebriti

” Allahu saya nangis. Air dicincang tak kan putus, biar masa yang akan tentukan.. ” – Netizen

Muatnaik Gambar-Gambar Bersama Semua Anak Dan Cucu, Perkongsian Ibu Shila Amzah Buat Ramai Tersentuh. Alahai Sebaknya Rasa, Semoga Yang Baik-Baik Saja !!

Meninjau ke akaun Instagram ibu kepada Shila Amzah, perkongsian terbaru Puan Fauziah Sarman telah mengundang sebak ramai. Beliau telah memuatnaik gambar-gambar bersama anak-anak dan juga cucu-cucunya serta gambar anak-anak semasa kecil.

Umum mengetahui yang keluarga ini pernah berlaku satu perselisihan faham dan menyebabkan anak-anak mula bermasam muka. Namun sebagai seorang ibu, pastinya perkara ini sedikit sebanyak menyebabkan si ibu berasa sangat sedih.

Klik gambar untuk info..

Kebanyakkan gambar yang dikongsikan pastinya menyimpan seribu memori buat keluarga ini. Turut dikongsikan beberapa gambar anak-anak semasa kecil yang sangat mengamit kenangan. Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus.

Perkongsian ini telah menerima lebih 3 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Di ruangan kapsyen, Puan Fauziah juga turut berterima kasih kepada semua anak-anaknya yang memanjat rasa syukur atas segalanya.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Ada yang mendoakan yang baik-baik buat keluarga ini. Antara komen-komen yang diberikan :

” Sptutnya bila anak2 gduh ibu diam je .jgn dipihak mna2.. bila backup slh sorg, anak terasa hati. itu sbb jdi gini. Semoga Allah satukan semuanya di bawah lindungan rahmat.. “

” Allahu.. sy nangis..  air dicincang tak akan putus.. sy tahu mama sayang anak2 semua. Biar masa yg akan tentukan. Bahagia Itu milik Kalian semua.. “

” Ya Allah, taupkan hati2 mereka kembali dgn kasih & sayang hingga ke Jannah… aamiin… luv u kak zie .. smg dlm lindungan allah smuanya.. “

” Alhamdulillah .Semoga keluarga ini dibawah lindungan yg maha Esa.. Alhamdulillah Alhamdulillah Ya Allah kau rahmatilah keluarga ini Ya Allah… ” 

” Kekadang kitak emak-emak ni ada terasa hati dgn anak-anak. Pujuk hati memaafkan. Redho kita pada anak-anak, semoga Allah merahmati mereka, melancarkan urusan dunia dan akhirat dan keberkatan rezeki mereka.. “

” Tak sgka family Ni diuji sebegini semoga aunty dan family Allah Berikan hikmah yg baik2 selepas ini.aamiin… Me crying… smoga yg baik2 buat untie n family… “

” Sedihnya… moga Allah tambahkan kasih sayang diantara mereka sekeluarga… Aamiin … besar jasa ibu melahirkan… rindu pada ank2 nya.. “

 

Klik gambar untuk info..

Ternyata sebagai seorang ibu amat merindui momen-momen indah bersama anak-anak. Walaupun apa pun berlaku mereka tetap merupakan satu keluarga. Semoga yang baik-baik sahaja buat keluarga ini dan sentiasa bahagia hendaknya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mamazie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT