Artis / Selebriti
” Allahu Akbar, tak tahan air mata ini tengok Sky.. ” – Komen Netizen

Perkongsian terbaru Ridzokumura keadaan anaknya, Sky buat ramai sebak. Tak kuat semua tengok Sky menangis rindukan Akiko. Ridz pun menangis sama, sedih sangat..
Bukan mudah untuk menerima kehilangan, apatah lagi pemergiannya secara tiba-tiba. Itu lah yang sedang dilalui oleh Ridzokumura dan anaknya, Sky. Sudah beberapa hari Akiko pergi meninggalkan mereka berdua dan kesedihannya masih menebal dalam hati Ridz dan Sky.
Menerusi perkongsian terbaru Ridzokumura di akaun Instagramnya, telah dikongsikan keadaan Sky yang menangis sambil memeluk Ridz. Keadaan Sky ini meruntun hati semua kerana semua juga tahu betapa akrabnya Sky dan Akiko. Ridz juga berkongsi cerita mengenai Sky yang setiap hari menangis kerana teringatkan mummynya itu.
Ridz juga tidak dapat menahan air matanya. Pedihnya kehilangan isteri tersayang, ditambah beratnya hati melihat keadaan Sky seperti itu. Ridz mengumpamakan dirinya seperti seekor burung yang kehilangan sebelah sayap setelah pemergian Akiko.
Walaupun sedih, Ridz perlu kuat demi Sky kerana sekarang hanya Ridz yang Sky ada. Air mata warganet juga turut tumpah melihat dua beranak ini berpelukan sambil menangis. Sedangkan Akiko di hospital pun Sky sudah tercari-cari, apatah lagi sekarang Akiko pergi buat selama-lamanya dan tidak akan kembali lagi.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 32 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ya Allah moga anak ku ridzokumura_sky di beri kekuatan.. aunty faham. rasa rindu yg mendalam kehilangan ibu tempat dia bermanja, Arwah Akiko pulak masak sedap untuk dia.. pasti dia teringat selalu. Moga kau kuat beb ridzokumura aku pun nangis tengok video ni.. “
” Please be strong for sky wan. Biar sky tumpang aura awk wan. Kak turut sedih tengok keadaan sky. Kehilangan seorang mak memang satu kehilangan besar. Rindu yg xde penghujungnya. Semuga sky akan ok nanti. Sure amik masa.. “
” Mesti la sedih… kak kat rmh ni pun klu tetingat sky n dik wan ikut meleleh airmata ni… apapun kak doakan Sky n dikwan kuat dgn dugaan ni… hidup sementara.. akhirat selamanya … Kau kuatkan la jiwa hati dua beranak ni yaAllah..aamiin.. yaBariq yaMalikulmulk yaNur.. “
” Terlalu mengerti. I doakan Allah beri kekuatan & lesabaran tinggi. Tapi please cry, let it out…. Kehilangan yang berlaku sekelip mata adalah kesakitan yang tak tertanggung.. “
” Allahu faham sangat rasa sakit tu.. Ridz stay strong. Jaga makan dan kena sihat untuk Sky ya. Sky hanya ada Ridz.. “
” Allahu Akbar, tak tahan airmata ini tgok Sky.. didoakan semoga Allah memberi kesabaran serta kekuatan kpd Sky n ayahandanya utk hadapi ujian yg berat ini.. “
” Mak dia masuk hospital dia bpeluk dgn mak dia atas katil hospital. Apa lg bila mak dia meninggal.. Semoga terus kuat abg ridz & sky.. kehilangan yg sgt sakit tp siapalah kita utk menidakkan takdir Allah.. “
Sakitnya melihat kesedihan dan air mata Sky dan Ridz. Namun semuanya sudah ketentuan Ilahi dan Allah lebih menyayangi Akiko. Semoga Ridz diberikan kekuatan untuk mengharungi segala kepedihan ini bersama Sky. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk Akiko.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” 1st time dengar Abang Haji bersuara. Terkejut tengok dia cakap banyak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time Dato’ menulis dengan serius. Mesti Bonda nangis baca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” First time tengok house tour tak fokus. Ni la review riak yang tak nampak riak, nampak kelakar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lima kali aku ulang tengok muka Bang Aji dok tenung je muka Dato’ Aliff tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Susah juga saya nak membuka mulut. Penjelasan saya ni dengan niat memurnikan keadaan.. ” – Bonda Rozita Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Akhirnya Bonda secara jujur dan terbuka up statement. Pilu rasa baca penulisan ini.. ” – Komen Netizen