Artis / Selebriti
” Alhamdulillah, with love and gratitude, we celebrate this precious blessing.. ” – Nabila Razali & Nik Iruwan

Nabila Razali kongsi gambar bersama anaknya yang baru lahir buat peminat teruja. Alahai lebatnya rambut baby, putih melepak kulitnya. Tahniah Bella dan suami..
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali dilaporkan telah selamat bersalin cahayamata sulungnya ada hari Isnin yang lepas. Menurut laporan Mstar Online, Nabila selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.1 kilogram dan kedua-duanya dalam keadaan sihat.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Nabila Razali, telah dikongsikan beberapa keping gambar terbaru Nabila bersama suaminya, Nik Iruwan dan bayi mereka itu. Kegembiraan jelas terpancar pada wajah pasangan ini dan bermula lah fasa baru dalam kehidupan mereka bergelar ayah dan ibu.
Menerusi perkongsian ini, wajah bayi Nabila masih lagi tidak ditunjukkan secara penuh dan Nabila menutupnya dengan ikon emoji. Pada paparan gambar pertama, jari jemari runcing si kecil ditunjukkan. Nabila juga menzahirkan rasa syukurnya ke hadrat Allah atas kurniaan yang amat bernilai ini.
Untuk rekod, Nabila dan Nik Iruwan mendirikan rumahtangga pada 18 November tahun lalu. Pasangan ini memaklumkan kepada umum berita kehamilan ini pada Oktober yang lalu dan majlis baby gender reveal pula diadakan pada bulan November baru-baru ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” MashaAllah, Nab Junior welcome world.. Selamat Widaddd.. Alhamdulillah tahniah.. selamat berpantang Bella.. Tahniah Bella sekeluarga.. “
” Yeayyyy alhamdulillah syukur.. Congratulations Bella and husband.. Hugs and kisses to your little one.. Semuga ibu & anak dlm peliharaan Allah.. “
” Alhamdulillah tahniah.. Assalamualaikum anak soleh.. Selamat berpantang mommy.. Alhamdulillah congrats Mr Nik and wife.. congrats kakakku..”
” Congratulations.. speedy recovery mummy and welcome to the world baby.. Alhamdulillah.. pregnant cantik, bersalin pun cantik.. “
” Moga jadi anak yang soleh yg sentiasa banggakan n doakan parents.. Moga jadi anak yang soleh yg sentiasa banggakan n doakan parents.. “
” Tahniah and Alhamdulillah bella and shuben! Semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat.. MasyaAllah Tabarakallah
Alhamdulillah.. “
” Congratulations, Bella. Semoga dia menjadi anak yang soleh, InshaAllah.. Stay healthy and congratulations both of u. Welcome to motherhood.. “
Alhamdulillah segala urusan Nabila dipermudahkan dan kini Nabila dalam fasa berpantang. Tentunya peminat ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah si comel ini. Apa-apa pun, tahniah Nabila dan Nik Iruwan atas kelahiran cahayamata mereka ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nabila Razali, Portal Mstar Online
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen