Artis / Selebriti
” Alhamdulillah, semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.. ” – Netizen
Video Anak-Anak Wawa Zainal, Ahmad Fakhruddin Attar Dan Hayla Maghrifatul Adzkiyaa Sedang Solat Bersama-Sama Raih Pujian Ramai. Alahai Sejuk Tengok Dua Beradik Ni !!
Siapa tidak kenal akan pelakon wanita yang juga merupakan seorang usahawan, Wawa Zainal. Wawa atau nama penuhnya, Nur Hawa Zainal Abidin sering dilihat berkongsi video mengenai gelagat anak-anaknya di laman media sosial.
Meninjau di akaun Instagram, Wawa ada memuatnaik video terbaru. Video tersebut memaparkan anak pertamanya, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghrifatul Adzkiyaa sedang solat bersama-sama.
Kongsi Wawa di posting, dia yang baru pulang dari pejabat telah melihat anak-anaknya itu sedang solat. Di dalam video itu juga, kelihatan Attar seperti perasan bahawa ibunya sedang merakam mereka sedang solat, sempat tersenyum.
Hingga kini, video yang dikongsikan oleh Wawa itu telah mendapat lebih 50 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Ada peminat turut menyatakan bahawa anak-anak Wawa ini sudah bijak berdikari dengan mendirikan solat sesama mereka.
Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan pelbagai kata pujian kepada Wawa dan anak-anaknya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alhamdulillah, anak soleh dan solehah ni. Bagus Wawa, kecil-kecil dah ajar anak-anak solat berjemaah.. “
” Comel tengok dua beradik ni tengah solat. Semoga menjadi saham akhir4t kedua orang tua mereka.. “
” Masyaallah. Moga-moga Attar, Hayla dan Sofia akan jadi anak soleh solehah ye anak. Seronok tengok video ni.. “
” Syukur, semua disebabkan didikan mak bapa. Anak pun jadi soleh dan solehah. Memang terbaik lah Wawa.. “
” Ehh sempat lagi senyum tu si abang. Semoga Attar menjadi abang yang baik dan mampu membimbing adik-adiknya, insyaallah.. “
” Bagusnya. Alhamdulillah didikan dari awal buatkan mereka matang dan tahu tanggungjawab mereka.. “
” Sekali tengok dah macam Wawa dan Aeril tengah solat, hehe. Memang c0py paste betul wajah dua-dua ni dengan ibu dan bapa mereka.. “
Sejuk mata tengok anak-anak ni sedang solat. Semestinya seorang ibu turut merasa bangga melihat anak-anaknya sudah pandai solat tanpa perlu disuruh. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga anak-anak Wawa Zainal dan Aeril Zafrel ini membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Silakan SHARE…
Sumber : IG Wawa Zainal, Aeril Zafrel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sedihnya tengok video Nyamma, terus menitik air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Abbas tu macam rupa abah je. Abang Bilal copy Umi betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Shila memang power, dengar sambil tutup mata awesome weh. Meremang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alolo cute betul kartun tu, perasaan dia macam dapat first baby kan Dato’ , hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bini masuk air, laki pemalu. Adoi comel betul tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Adoi Datuk Yusof perform dah molek sangat dah. Yang aku tak tahan tu si Lina kepom tu haha, i like.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Jujur sangat ni, sampai tercengang Omma. Kadang-kadang kejujuran itu menyakitkan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sedih dan sayu pula tengok Fatima dengan daddy. Tak lepas Fatima genggam tangan daddy.. ” – Komen Netizen