Connect with us

Artis / Selebriti

” Alhamdulillah, meraikan hari kelahiranmu di tanah suci Al-Munawwarah.. ” – Erra Fazira

Video Erra Fazira membuat kejutan kek hari lahir buat suaminya, Ezwan Zain ketika di Tanah Suci raih perhatian ramai. Terkejut dan sebak wajah Ezwan melihat isteri tersayang bawa kek..

Meninjau ke akaun Instagram Erra Fazira, perkongsian terbaru Erra telah meraih perhatian ramai. Erra membuat posting khas sempena ulangtahun kelahiran suaminya, Ezwan Zain. Paling menarik ulangtahun Ezwan disambut di Tanah Suci.

Ketika ini Erra dan suami menunaikan umrah yang merupakan hadiah hari lahir buat suami tercinta. Tidak berhenti di situ, Erra turut membuat kejutan kek hari lahir ketika mereka berada di sana. Ia merupakan perancangan Erra buat Ezwan.

Erra turut menulis ucapan hari lahir buat Ezwan di ruangan kapsyen posting tersebut. Erra mendoakan yang terbaik buat Ezwan dan berasa sangat bersyukur kerana apa yang dihajatinya untuk menyambut hari lahir di tanah suci tercapai dan berjalan dengan lancar.

Perkongsian video dan gambar ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai peminat berasa gembira melihat kebahagiaan Erra dan suaminya yang dikecapi kini dan mendoakan semoga mereka sentiasa bahagia.

Jom tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk menonton video.. )

Perkongsian ini dihujani dengan ucapan hari lahir buat Ezwan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Bila tgk Erra jd sempoi gitu kita pulak yg tersengih2 . Sanah helwah. Semoga kekal hgga hujung nyawa .. dah knpa tgk ni pun trsenyum2.. “

” Sannah Helwah ezwan happy tengok erra dan awak jadi pengantin baru semuga bahagia korang berdua hingga ke Jannah,amin.. “

” Comel. Alhmdllh happy birthday brother, semoga panjang umur murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yg baik… Otw gi spital kencing manis .. “

” Happy birthday adik Ezwan. Jagor dak Erra bebaik yor. Selamat menjalani umrah love birds. Bismillah. Semoga berbahagia hingga ke jannah buat erra dan ezwan… aamiin2 .. “

” Sanah helwah ezwanzain walaupun x pernah berjumpa lg dgn suami erra ni, tp tumpang gembira melihat kebahagiaan kalian. smoga kekal hingga ke akhir hayat. aamin.. “

” Sanah Helwah buat suami kak errafazira .. Cara pandangan si suami btl2 mendlm, sayang sgt tu Ya Allah ko berkati la pasangan ini dgn penuh kasih sayang hingga akhir hayat nye .. “

” Nampak Mr E mcm sebak bila dgr doa dr wife.. semoga dikurniakan kebaikan di dunia mahupun akhirat buat pasangan & keluarga ini.. “

Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat Ezwan Zain. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki selalu dan diberikan kesihatan yang berpanjangan. Pastinya ulangtahun kelahiran kali ini paling bermakna buat Ezwan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Erra Fazira

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak