Artis / Selebriti
” Alhamdulillah, keluar air mata tengok kebahagiaan ni. Semoga terus bersatu.. ” – Netizen
Video Abby Abadi Dan Norman Hakim Serta Keluarga Besar Mereka Menyambut Hari Raya Bersama. Alhamdulillah Abby Dan Norman Sudah Berbaik. Marissa Pun Ada Sekali. Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih !!
Aidilfitri diraikan dengan penuh kegembiraan oleh semua umat Islam. Selain meraikan kemenangan, ianya juga adalah hari untuk bermaaf-maaf antara seluruh keluarga. Meninjau akaun Instagram Memey Suhaiza, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana sambutan hari raya Memey.
Setelah pelbagai cabaran dan kontroversi yang melanda keluarga Norman Hakim dan Abby Abadi, Syawal ini menyatukan mereka kembali sebagai sebuah keluarga besar. Betapa seronoknya hati warganet apabila melihat perkongsian oleh Memey ini.
Turut sama dapat dilihat ada dalam video tersebut adalah anak kedua Abby dan Norman, Marissa Dania Hakim. Bersatu jua kembali dan Aidilfitri diraikan dengan penuh kegembiraan. Selain meraikan lebaran, mereka semua turut meraikan hari ulangtahun kelahiran Darda pada hari yang sama.

Pelbagai kerenah melucukan dapat dilihat menerusi video ini. Abby sebagai photographer, manakala Norman pula cuba membuatkan Darda ketawa. Aktif sungguh Norman dalam video ni, terlebih makan lemang dan ketupat agaknya Papa Oman ni, lawak sungguh.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Alhamdulilah happy nya bila bersama begini. Moga Allah sentiasa pelihara hubungan kalian.. Senyum kita tengok gelagat norman tu.. ‘
” Alhamdulillah, keluar air mata tengok kebahagiaan ne..semoga terus bersatu berbaik.. Allah uji sebab syg.. semoga keluarga besar kedua belah pihak sentiasa dalam rahmat serta lindungan Allah.. selamat hari raya.. ”
” Papa tu dah terlebih makan ketupat ke agaknya ha ha…apapun suka tengok mama Abby dan papa Norman.. ”
” Alhamdulillah bahagia kami tengok.. Tolong jangan dengo cakap nitizen.. Seronok tgk big fmly ni. Moga ukhwah kekal selamanya. Happy birthday si comel darda.. ”
” Alhamdulilah happy nya bila bersama begini. Moga Allah sentiasa pelihara hubungan kalian.. ”
” Alhamdulillah Moga terus bersama.. Masyaa Allah rasa gembira sgt tgk keluarga memeysuhaiza mamayebbyyabadi. Moga Allah jagq ukhwah kalian sebaik2nya dgn redha NYA.. ”
” Alhamdulilah dpt jgk tgk dorg bkumpul lg.. Alhamdulillah, berbahagia la keluarga besar kamu. Buang yg keruh,ambil yg jernih.. ”
Seronok warganet dapat melihat kembali keluarga besar Abby dan Norman berkumpul meraikan Aidilfitri. Semoga tiada lagi sebarang pertelingkahan, tiada lagi memendam rasa dan ukhuwah yang terjalin ini dijauhi daripada sebarang anasir jahat. Terus berkasih sayang semua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Memey Suhaiza
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti2 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain



