Connect with us

Artis / Selebriti

” Alhamdulillah, bertambah lagi keluarga kami. Masya Allah Tabarakallah.. ” – DS Siti Nurhaliza

Dato’ Seri Siti Nurhaliza kongsi berita gembira kelahiran cahayamata ketiga Izara Aishah. Wah tahniah Izara, bertambah lah cucu Tokti.. 

Biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza sememangnya akrab dengan menantu-menantunya antaranya Izara Aishah. Hubungan kekeluargaan keluarga besar Dato’ Khalid Jiwa ini seringkali mencuri perhatian warganet. Sebagaimana yang diketahui umum, Izara sudah berkahwin dengan anak Dato’ Khalid yang bernama Adib.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Oh My Media, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan DS Siti memangku seorang bayi. Pada paparan gambar itu, DS Siti memaklumkan bayi itu adalah anak Izara dan Adib.

Sebagai seorang nenek, DS Siti sendiri teruja kerana cucunya semakin bertambah. Ini adalah anak ketiga Izara dan Adib selepas pasangan ini dikurniakan 2 orang anak perempuan iaitu Irisa Alaia dan Amara Amina. Kehadiran si kecil ini bakal memeriahkan lagi keluarga besar Dato’ Khalid.

Dalam paparan gambar yang dimuatnaik itu, DS Siti kelihatan tersenyum gembira menatap wajah cucunya itu. Setakat artikel ini ditulis, Izara belum memuatnaik sebarang perkembangan terbaru mengenai kelahiran cahayamata ketiganya ini kepada umum.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Wahhh dapat baby baru.. tahniahhh Izara.. mesti comel macam kakak-kakaknya juga ni.. “

” Alhamdulillah tahniah my girl crush.. “

Tentunya Alaia dan Amina gembira kerana mendapat adik perempuan. Warganet juga mengatakan bayi Izara ini pastinya comel sama seperti kakak-kakaknya. Sekadar info, Izara mengesahkan dirinya hamil anak ketiga ketika menjayakan satu sesi photoshoot baju raya baru-baru ini.

Tahniah daripada kami di Berita Kopak kepada Izara, Adib dan seluruh keluarga atas kelahiran cahayamata ini. Semoga Izara cepat sembuh seperti biasa, dapat menjalani tempoh berpantang dengan baik dan si kecil ini membesar dengan sihat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Ohmymedia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Bag Capybara

Trending

Copyright © Berita Kopak