Connect with us

Artis / Selebriti

” Alamak sedap pulak suara YB ni, dia sorok suara dia sebelum ni.. ” – Komen Netizen

Video YB Syed Saddiq menyanyi lagu Original Sabahan secara live di majlis PPTI demi memenuhi permintaan Bella Astillah raih pujian ramai. Sedap rupanya suara YB menyanyi. Part YB cakap ‘what Bella ask, Bella gets’ tu sweet sangat, sampai blushing Bella dibuatnya..

Semalam telah berlangsungnya event anjuran PPTI di Sabah. Ianya turut menampilkan dutanya, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq. Kedatangan pasangan sensasi ini sememangnya dinanti-nantikan oleh orang Sabah. Baik yang muda atau tua, ramai yang meminati BASS (Bella Astillah dan Syed Saddiq).

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Barrerys_, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Bella memanggil YB Saddiq untuk naik ke pentas. Jika selalunya YB Saddiq menolak untuk menyanyi, tetapi kali ini demi ‘Yang’ Bella tersayang, YB Saddiq memperdengarkan suaranya untuk semua yang berada di situ.

YB Saddiq mendendangkan sedikit rangkap lagu Original Sabahan dengan cukup baik. Bella juga kelihatan bangga dengan nyanyian YB Saddiq itu. Bak kata YB Saddiq,‘ What Bella ask, Bella gets’. Sporting sungguh YB Saddiq dan nyanyiannya itu disambut dengan sorakan.

Semua yang berada di situ juga turut menyanyi bersama-sama YB Saddiq. Meriah dan gamat sambutan orang Sabah untuk sweet couple ini. YB Saddiq semakin keluar dari kepompongnya, sudah boleh menari dan menyanyi serta berlakon, banyak yang YB Saddiq lakukan demi Bella.

Jom tonton video di bawah :

@barrerys_

selalu yb elak bila bella suruh nyanyi but this time he’s make it for bella and orang sabahan 🥹🤍✨ #bellaastillah #syedsaddiq #bass #bellaastillahsyedsaddiq #fyp

♬ Original Sabahan – Atmosfera

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” YB: what bella asks, Bella gets .. wow biar betul, yb saddiq nyanyi lah.. not bad lah yb suara best jugak dengar.. “

” Lebih mencabar daripada berdebat di parlimen kan yb hehe.. supporting betul yb ni, anything for Bella.. Pandai sudah YBSS nyanyi Original Sabahan.. “

” Wow YB nyanyi lagu original Sabahan. mesti nervous tu, bila dia hafal lirik.. Sedap jugak suara yb nyanyi.. “

” Bella ni dia dpt pecahkan tembok yg yb x pernah fikir blh pecah… menari, menyanyi, berlakon… pastu bella mesti akan support yb… jd yb pun rasa yakin untuk buat semua tu…. mmg positive vibe dua2 ni.. “

” Confident YB ni bukan semua orang ada weii.. he tried his best to sing utk bella. boleh tahan sedap for a non-singer. mcm yb selalu ckp, untuk bella semua boleh; what bella want, bella gets.. “

” Alamak sedap pulak suara yb ni, dia sorok suara dia sebelum ni. pandai yb nyanyi.. yb sporting…. ni pun dah nmpk mcm mana yb sayangkan bella.. “

” YB boleh nyanyi…dia tak tone deaf. kalau masuk kelas vokal,boleh ja nyanyi tu. yb ni memamng terbaik.. Dia beranikan diri untuk menyanyi demi utk Bella.. “

YB Saddiq sememangnya seorang lelaki yang green flag, segalanya untuk Bella pasti akan dipenuhi. Boleh tahan suara YB Saddiq, ada tone yang sedap didengar. Tidak mustahil suatu hari nanti boleh berduet dengan Bella. Apa-apa pun, YB Saddiq cukup membuktikan sayangnya terhadap Bella.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Barrerys_ 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Liana by Aliff Syukri
Minyak Jungle Girl

Trending

Copyright © Berita Kopak