Artis / Selebriti
” Alahai Tengku, memang susah la rakyat Sarawak nak move on macam ni.. ” – Netizen

Perkongsian Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sempena Hari Keputeraannya Cur1 Perhatian Warganet. Alahai Hashtag Tengku Tu, Tak Sangka Betul. Orang Sarawak Sila Hadir !!
Hari ini merupakan hari keputeraan KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke 28 tahun. Siapa yang tidak kenal dengan putera sulung YDPA Al-Sultan Abdullah dan Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah ini.
Tidak hanya di semenanjung, rakyat Sarawak antara yang bertuah dapat bertemu mata dengan putera kesukaan ramai ini ketika jelajah kenali Borneo baru-baru ini. Meninjau akaun Instagram Tengku Hassanal, telah dikongsikan sekeping gambarnya dalam pakaian seragam askar.
Kapsyen Tengku Hassanal ringkas sahaja berbunyi ‘ Celebrating another year of life, love, and the ongoing pursuit of justice ‘. Apa yang mencur1 perhatian adalah hashtag yang diletakkan oleh Tengku Hassanal di hujung kapsyennya itu.
Wah tulis Pahang Borneo lagi, ini Tengku Hassanal sendiri pun belum boleh move on dengan rakyat negeri Sarawak nampaknya. Ketika misi kembara tempoh hari, Tengku Hassanal ada berseloroh mengatakan dia akan berpindah ke Sarawak. Kemesraan dan kasih sayang orang Sarawak sudah melekat di hati Tengku Hassanal ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Sehingga kini, lebih 80 ribu tanda suka dan 8000 komen telah pun ditinggalkan pada perkongsian oleh Tengku Hassanal ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Happy birthday Tengku.. Aik, hashtag tengku tu bahhhh. Betul-betul ni. Bahh pelan-pelan laa tengku tolak pulau pahang pegi sebelah sarawak. haha.. kazen cousin pahangborneo.. ”
” Hashtag tu mahal, penting mendalam tu.. Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Tengku, semoga Tengku dan keluarga sihat selalu, diberkati selalu , dimurahkan rezeki , bahagia senantiasa dan terus kuat untuk berbakti buat rakyat khususnya di negeri Pahang .. ”
” Pahang Borneo tu yang mahal Tengku.. Hashtag baru sudah tu. Pahang Borneo terpisah tiada. Anak ketitir mencari makan, Berkicau ceria pulangnya petang, Selamat hari lahir patik ucapkan, Seiring usia bertambah matang.. ”
” Kalau tengku takleh move on lgi, mcm mana kami yang rakyat biasa ni nak move on tengku.. balik sini please.. Happy birthday tengku.. Smoga dimurahkan rezeki, sentiasa dalam lindungan Allah, diberikan kesihatan yg baik2 dan bahagia di samping keluarga.. ”
” Have a blessed birthday Tengku Hassanal.. Daulat Tuanku love hashtag win.. baru nak move on semalam tapi tak jadi lah tengok hashtag tu.. ”
” Yeay Pahang Borneo.. Selamat Ulang Tahun Tengku.. Stay healthy and hottie.. Terharu dengan hashtag Pahang Borneo tu Tengku.. ”
” Alahai tengku, memang susah la rakyat sarawak nak moveon macamni. Hahahaa. Happy birthday kazen. maklum kami tiada kazen kerabat diraja. Ini first time hahahaaha. pahangborneo.. pahangborneokazen.. ”
Alahai charming prince ini, hashtag tu memang paling mahal dan win. Melonjak-lonjak gembira orang Sarawak membaca kapsyen Tengku Hassanal kali ini. Pahang Borneo ‘cousin’ selamanya yer Tengku. Jaga-jaga orang Pahang, jangan sampai Tengku Hassanal pindah Sarawak, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG This.7, IG House Of Pahang
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Asyik nak berpickupline 24 jam je Bella, YB pun macam dah malas nak melayan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Patut la Ara cakap Syed Saddiq boyfriend dia. Tengok la layanan dia macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Oh dia dah tak nak tengok sayalah. Saya faham.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menyala YB Saddiq. YB betul-betul protect Bella. Takut dengar sound last tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral2 days ago
” Guru sekolah sendiri menyebarkan spekulasi. Sungguh saya sedih mendengarnya.. ” – Mona Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Padan muka haters, pandai-pandai cakap YB muak. Ambik kamu, dengar jawapan YB.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Aku rasa aku dah garang dengan anak, rupanya Cess lagi garang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Jarang-jarang jumpa orang bahan diri sendiri ni. Sakit perut ketawa, haha.. ” – Komen Netizen