Artis / Selebriti
” Alahai kita pulak nangis tengok Putera peluk Amir tu. Hati tisu betul lah.. ” – Netizen
Video Putera Muhammad Bersama Amir Selepas Selesai Final The Chosen One Buat Ramai Yang Tersentuh. Alahai Tak Lepas Tangan Si Amir Tu Coach Pegang. Time Coach Putera Peluk Amir Tu Paling Touching. Kasih Sayang Yang Tulus Ikhlas Abang Terhadap Adik !!
Berakhir sudah program realiti The Chosen One dan Amir Sisi secara rasminya menjadi Juara The Chosen One Musim 1. Lapan minggu mengharungi cabaran dalam melaksanakan tugasan, banyak kenangan yang dicipta bersama antara Amir dan coachnya, Putera Muhammad.
Bagi yang mengikuti Putera Muhammad, pastinya tahu keakraban Putera dengan Amir. Melayani Amir seperti adiknya sendiri, perangai Putera Muhammad yang ‘g1la-g1la’ juga membuatkan Amir selesa berada di samping Putera Muhammad. Pendek kata, gandingan Putera Muhammad dan Amir antara yang terbaik.
Meninjau akaun Tiktok Aqilah Maria, telah dikongsikan video sesudah berakhirnya final The Chosen One semalam. Dapat dilihat Putera Muhammad masih setia melayani Amir di bawah stage. Memegang tangan Amir, sifat penyayang Putera Muhammad terhadap Amir ini jelas kelihatan.

Paling menyentuh hati warganet apabila melihat Putera Muhammad memeluk erat Amir. Entah apalah yang dipesan oleh Putera Muhammad kepada Amir itu. Alahai lepas ini, tiada lagi video Putera Muhammad bersama Amir berlatih dan bergurau, mesti masing-masing akan rindu.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@aqilahmaria_ Happy bila da habis competition @Amir Sisi(Unuk)Official @Putera Muhammad. Boleh pi main tak payah study lagu la tu haha. Alhamdulillah rezeki untuk Amir dan keluarga. Semoga Amir jadi anak yang berjasa pada keluarga, cikgu cikgu dan masyarakat #thechosenone
♬ Emotional Piano for the Soul (Inspirational Background Music) – Fearless Motivation Instrumentals
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 21 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan:
” Putera sayang nak lepaskan adik Amir. Alahai nape kita lak nangis tengok putera peluk amir tu huhu.. hati tisu betul lah.. apa pun tahniah adik amir dan putera Muhammad… ”
” Tahniah buat putera muhammad dan Amir… putera nampak penyayang orangnya… kedua duanya sangat hebat… Mir… jd ank angkat coach Putera la, acik tngk syg sngt coach putera kt Amir tu.. ”
” Semoga hubungan amir dan coach putera tk akn terhenti disini.. untung amir dikelilingi cikgu2 yg hebat.. ”
” Putera ni seorang yg penyayang… nmpk sangt kasih sayang tu… tahniah untuk Adik Amir dan putera Muhammad.. moga sentiasa berjaya.. dunia akhirat.. ”
” Aduiii.. sape potong bawang mlm2 ni… x blh aku… 2-3 kali tgk pun still meleleh air mata tgk video ni.. Dah berapa minggu bsama amir. nmpk sedih putra nak lepaskan amir. xpe nnt cikgu bawak dtg jmpe putra.. ”
” Dari lagu turun ke hati, dari hati lahirnya kasih sayang.. sebak tengok kasih sayang yang bertaut antara puteramuhammad dengan unuk.. alahh nangis la pulak.. ”
” Nanti mesti rindu nak tengok gelagat amir dengan putra. nmpk putra syg btul kat amir.. nangis saya tengok… saling melengkapi.. abang dan adik yang terbaik.. ”
” Putra mcm berat hati nak lepaskan kenangan indah dgn amir tu.. sedih nampak putera nk lepas adik Amir kesayangan dia.. ”

Betul kata pepatah, dari mata turun ke hati. Berminggu-minggu Putera Muhammad berlatih dan melayani kerenah anak muridnya ini, pastinya rasa kasih dan sayang itu sudah menggunung. Semoga ukhuwah yang terjalin ini akan selalu berpanjangan sampai bila-bila. Terus maju jaya Putera Muhammad dan Amir.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Aqilah Maria
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen



