Artis / Selebriti
” Alah Amir, senyum malu-malu lak dia tengok coach datang. Malu tapi mahu ni, hehe.. ” – Netizen
Video Pertemuan Kembali Coach Putera Muhammad Dengan Amir Di SK Pos Kemar Raih Perhatian Ramai. Wah Jauh Perjalanan Coach Putera Untuk Jumpa Amir Ni. Comel Sungguh Reaksi Amir Masa Nampak Coach Dia !!
Esok bakal berlangsungnya Konsert Eksplorasi Kemarian di SK Pos Kemar. Sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini, Putera Muhammad akan turut bersama penduduk di pedalaman ini dan membuat persembahan bersama Amir The Chosen One.
Pada yang mengikuti live Amir petang tadi pastinya dapat melihat perjalanan sukar yang ditempuhi oleh coach Muhammad dan team untuk sampai ke SK Pos Kemar. Pengalaman baru untuk Putera dan kehadirannya disambut dengan sorakan daripada penduduk kampung.
Meninjau akaun Tiktok AcikAnie, telah dikongsikan sedutan video live yang memaparkan reaksi Amir ketika melihat coach Putera. Pada waktu itu, semua pelajar sedang menikmati makan malam dan diawasi oleh beberapa orang guru.

Coach Putera mencari-cari juga di mana Amir dan apabila nampak sahaja Amir terus coach Putera menghampiri dan menegur Amir. Sempat coach pegang bahu Amir dan Amir pula, seperti selalu reaksinya seperti tiada perasaan dan tiada apa-apa yang terjadi. Tadi bukan main intai cari Coach, dah jumpa boleh buat malu-malu pulak.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ):
@anirahli Coach #puteramuhammad dah sampai di asrama #skposkemar #AmirSisi #amirthechosenone #amirpermatarimba #ceritaacikanie #fyp Kredit@Amir Sisi(Unuk)Official
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 100 tanda suka daripada warganet setakat ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dia buat selamba dia je.. haha lawak amir ni. makan apa tu adik amir nampak macam di sek rps kemar ni.. ”
” Dua-dua cute, terbaik lah Putera Muhammad. Ada Amir heran, kusyuk g1g1t tulang ayam.. Geram Acik tengok ko ni Amir.. ”
” Alah amir, senyum malu-malu lak dia tengok coach datang. malu tapi mahu ni hehe. suka tengok putera layan amir tu.. ”
Adui lah Amir, memang betul-betul pelajar yang berdisiplin. Langsung tak berganjak dari meja makan selagi belum habis waktu makan. Coach Putera datang peluk pun tetap kaku dekat kerusi tu. Amir Amir, mujur lah coach tu paham betul perangai awak dik.

Apa-apa pun, bertemu kembali coach Putera dengan adik kesayangannya ini. Pastinya ramai yang tidak sabar terutamanya warga Kemar untuk melihat persembahan hebat daripada Amir dan coach Putera esok. Wah boleh tengok coach Putera dan Amir berduet lagi.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok AcikAnie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar




