Artis / Selebriti
” Alaaa, pagar pulak hilang. Tutup mulut handsome dah, bila buka eh laa. Keras perut ketawa, haha.. ” – Komen Netizen

Video Jebat Jayden berjalan sambil memegang jaket hitam ketika berada di Korea buat ramai terhibur. Alamak Jebat, mula-mula tu dah nampak macam Oppa Korea. Sekali Jebat buka mulut, terus hilang vibes Oppa tu. Gigi rongak pun comel lah Jebat, hehe..
Bekas isteri kepada Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila kini berada di Korea bersama anaknya, Jebat Jayden dan sahabat baiknya, Rosix Omar. Banyak perkongsian menarik dari awal mereka berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sehingga sampai di sana dimuatnaik oleh Rosix.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Sharnaaz Ahmad, telah diulangsiar satu video dari akaun Tiktok Rosix yang memaparkan gelagat Jebat. Kacak bergaya, Jebat mengenakan jaket hitam dan ini membuatkan Jebat kelihatan semakin menarik.
Rosix menyuruh Jebat berjalan dan aksinya itu dirakam seperti video montage. Gaya Jebat berjalan saling tak tumpah seperti gaya Sharnaaz. Wajah Jebat pula lebih iras dengan wajah Noor Nabila. Senyuman manis Jebat boleh membuatkan ramai wanita cair melihatnya.
Namun warganet terhibur ketika melihat Jebat senyum sehingga menampakkan deretan giginya. Sebatang gigi Jebat sudah tercabut rupa-rupanya dan ini mencuit hati warganet. Ramai yang berpesan supaya Jebat senyum menutup mulut dan jangan sesekali menampakkan gigi. Hilang macho Jebat apabila hilang satu gigi.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hang jangan bukak mulut Jebat.. tak boleh nak control terlampau happy auto mulut terbukak.. “
” Sharnaaz ahmad junior.. handsome dah, gigi mana baby.. comel je sengih macam tu.. semoga terus jadi anak yang baik Jebat.. “
” Alaa pagar pulak hilang.. tutup mulut handsome dah, bila buka eh laaa hahaha.. keras perut ketawa.. “
” Cara jalan cara action dia memang anak bapak.. sharnaaz sangatlah jebat nii. Handsome boyy.. “
” Baru nak blushing, sekali pagar dah hilang satu haha.. seketul dah hilang tapi still comel.. jebat senyum tutup mulut.. “
” Muka mommy.. cara dia macam bapak dia la.. cuma jebat jangan bukak mulut patutnya.. haha.. “
” Hahahah hadoihhh Jebat oitttt, gaya tu ada dah tpi mai tang buka mulut habis haha.. comel betul baby ni.. “
” Dah Henson nak oii. buka mulut rasa nak suruh Nabila buatkan dia Gigi palsu. Sayang jebat hebat Nak bertuah.. “
Walaupun Jebat senyum sambil tutup mulut, sudah nampak seperti Oppa Korea. Sekali Jebat buka mulut, terus hilang vibe Oppa tu Jebat. Tak ada gigi pun, Jebat tetap handsome di mata semua orang. Semoga Jebat gembira bercuti di Korea dan segala perancangan berjalan dengan lancar.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sharnaaz Ahmad, Tiktok Rosix Omar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen