Artis / Selebriti
” Alaa baiknya Seth jawab ‘ takpe lah ‘ tu. Redha betul dia, haha.. ” – Komen Netizen
Video Ubai menyakat Seth Uwais ketika mereka mahu berpindah rumah buat ramai terhibur. Alahai comel sungguh reaksi Seth. Pasrah je Seth dengan Ubai, hehe..
Meninjau di akaun Instagtam milik Ubai, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan Ubai dan Shila Amzah mahu berpindah dari rumah mereka. Namun apa yang mencuit hati adalah telatah Ubai ketika menyakat anak tirinya, Seth Uwais.
Kata Ubai kepada Seth, mereka akan berpindah ke rumah yang lebih kecil. Bukan itu sahaja, seloroh Ubai kepada Seth, Seth perlu tidur di ruangan dapur gara-gara rumah tersebut bersaiz kecil. Selain Ubai, Shila juga sempat menyakat Seth dengan berkata bilik yang ada di rumah itu adalah untuk Shila, Ubai dan pembantu rumah mereka.
Medengar apa yang dikatakan oleh kedua ibu bapanya, kelihatan wajah Seth sangat tenang dan Seth menjawab ‘tak pelah, okey’ yang menggambarkan yang Seth tidak kisah jika tidur di ruang dapur. Perkongsian video oleh Ubai ini telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang terhibur mendengar jawapan yang diberikan oleh Seth. Komen warganet, Seth seorang anak yang baik dan beradab. Sehingga kini, video Ubai dan Shila menyakat Seth telah menerima ribuan tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan ada yang memuji sikap Seth seorang anak yang baik. Antara komen-komen warganet adalah :
” Alaa baiknya Seth jawab ‘ takpe lah’ tu, redha betul dia, haha.. Anak yang baik betul Seth.. Langsung tak membantah.. Masyaallah.. “
” Muka Seth redha comel.. Mata mcm berfikir2 je tu. Adoiii helok2 rumah besar n bilik sendiri.. tiber kena duk kitchen ye Seth.. “
” Cute betul lah Seth ni.. Moga ‘House Renovation’ brjln dgn lancar & dpt disiapkan mngikut Jadual / Masa yg tlh ditetapkan.. Aamiin.. “
” Jap pasal tdo kitchen tu prank je kan.. Kenapa Seth tak tanya dah ms kt ruma baru eh, hahaha.. Mesti dia lupa kan, sebab tengok ek bilik banyak ni.. “
” Betapa bersihnya hati budak2kan.. Rumah comel pon dia gembira.. Seth ni dah lah comel, penyayang, baik pula tu.. Anak soleh betul.. “
” Bijak nyaaa dia, comel je semua ok ok.. Kita dengar pun rasa menyenangkan sangat.. Bagus lah didikan Shila n Ubai kt anak2.. “
Alahai bagus sungguh Seth, langsung tidak marah dan merajuk apabila disuruh di tidur di ruangan dapur. Apa-apa pun, ianya hanyalah sekadar gurauan Ubai dan Shila terhadap Seth. Difahamkan Shila dan Ubai sekeluarga hanya berpindah untuk tempoh sementara sahaja disebabkan lantai rumah mereka perlu dibuat baru kerana mengalami kerosakan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ubaihani, shahilaamzah, TikTok ubaihani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil

