Artis / Selebriti
” Aku yang sempurna ni pun suruh orang pakaikan. Nampak senang je dia buat.. ” – Komen Netizen
Video Zubir Khan Menunjukkan Cara Dirinya Memakai Tie Raih Perhatian Ramai. Bagusnya Zubir, Walaupun Hanya Sebelah Tangan, Tapi Tetap Lincah. Orang Lain Pun Belum Tentu Boleh Buat, Salute Lah Zubir !!
Nama Zubir Khan semakin dikenali ramai sejak lagu versi Tamil nyanyiannya mendapat tempat di hati warganet. Hari demi hari populariti Zubir semakin menaik dan lagunya menjadi siulan ramai tidak mengira kaum dan usia. Stesen radio juga ramai yang memutarkan lagu Zubir.
Untuk makluman, Zubir ketika lahirnya sempurna kedua belah tangan, namun kerana satu insiden yang tidak dijangka, Zubir kehilangan sebelah tangannya. Sejak itu, anak muda ini belajar untuk hidup dan melakukan segala kerja dengan hanya menggunakan sebelah tangan.
Meninjau perkongsian di akaun Tiktok XO House, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zubir menunjukkan cara untuk mengikat tali leher. Kata Zubir, itu adalah cara dia mengikat tie dan langkah demi langkah ditunjukkan dalam video ini.

Pergerakan tangan Zubir yang cepat dan pantas membuatkan warganet kagum. Pada pandangan ramai, tentu mengatakan ianya perkara yang sukar untuk dilakukan dengan sebelah tangan. Zubir membuktikan kekurangannya bukan lah kelemahan dan halangan untuk Zubir.
Jom tonton video di bawah :
@x.o.housee Korang reti tak pakai tie?👀 @Zubir Khan
Perkongsian ini sehingga ini telah pun meraih lebih 60 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Salute Zubir Khan.. dia nak bagitau yang kekurangan bukan penghalang.. Terror Zubir pakai yer.. ”
” Ya Allah , comel cara Zubir pakai tie.. terima kasih ajar.. lepas ni hari-hari boleh pakai sendiri.. sebab aku dah lama cuba tak reti reti.. ”
” Allahuakbar… kita nampak senang je dia buat kan.. terbaik lah Zubir.. aku sampai sekarang masih tak pandai lagi nak ikat tie.. ”
” Terbaik lah Zubir.. Alhamdulillah bersyukur dengan apa yang ada. siapa kata org yg takde tangan tak boleh buat benda macam ni hahaha korang je salah.. ”
” Kekurangan bukan penghalang.. Allah ciptakn kkurangan… tp di situ jg ada kelebihan… DIA tidak myusahkn hamba nya.. Allhuakbar.. ”
” Saya ada dua tangan pun tak pandai.. abang walaupun Ade 1 tangan power.. kagum dengan abang Zubir ni.. ”
” Sebelah tangan pun tetap boleh buat macam-macam benda. Zubir ni professional la.. aku yang sempurna ni pun suruh orang pakaikan.. ”
Betul lah kata orang, kekurangan bukan lah satu kelemahan dan Zubir adalah contoh terdekat. Walau pun hanya ada sebelah tangan yang sempurna, Zubir boleh melakukannya sendiri. Semoga semangat yang ada pada diri Zubir ini dapat menjadi inspirasi untuk semua orang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok XO House
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti4 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sweetnya, aku ni dah sakit rahang ni dari tadi senyum tak habis-habis.. ” – Komen Netizen

