Connect with us

Artis / Selebriti

” Aku tak boleh betul la part ketuk brush tu. Anak MUA Bellaz sangat, haha.. ” – Komen Netizen

MUA Bellaz Kongsi Video Gelagat Anaknya, Nur Aisywara Nealofa Make Up Seseorang Buat Warganet Terhibur. Wah Wara Lagi Advance Dari Mama, Make Up Drive Thru Namanya Ni. Cara Pegang Brush Tu Tiru Mama Sangat, Mini MUA Bellaz !!

MUA Bellaz sangat terkenal tidak hanya di media sosial tetapi juga di kalangan selebriti. Selain Bellaz, anak perempuannya, Nur Aisywara Nealofa juga mencuri perhatian ramai. Wara berkulit putih gebu dan mempunyai ramai pengikutnya yang tersendiri.

Meninjau akaun Tiktok Muabellaz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Wara sedang make up wajah seorang kanak-kanak perempuan. Apa yang mencuit hati adalah mimik muka Wara yang serius memandang ke arah kawan perempuannya itu sambilnya tangan laju sahaja membuat kerja.

Lebih menggeletek hati warganet apabila melihat cara Wara mengetuk-ngetuk brush yang digunakan itu. Bukan main lagi Wara mengetuk, habis tertanggal semua bedak. Tentu Wara memerhati gerak geri ibunya ketika makeup dan menirunya.

Bellaz yang merakamkan gelagat Wara juga tidak dapat menahan ketawanya. Bak komen warganet, Wara sememangnya ‘mini’ MUA Bellaz. Fokus sungguh Wara membuat make up, sesekali sempat menjeling mata lagi. Terhibur sungguh warganet melihat kelakuan Wara itu.

Jom tonton video di bawah :

@muabellaz

Aku kata dahhh diaaa dh buat Jobb Mua ..hbss laaa Muabellaz 😫 dia ada custmer dh weh ..dgn baju kelawar diaa tu adoii …baby Rania request look paling simple @DUSUN RIFFAA tgk ni

♬ Clumsy Situations – Eitan Epstein Music

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 46 ribu tanda suka daripada warganet. Rata-ratanya terhibur melihat telatah Wara dan antara komen-komen warganet :

” Cust dilarang masuk rumah kita makeup2 dkt luar tingkap je diknon HAHAHA.. cara ni bnyk mua takleh cari makan dh lepasni, wara buat makeup drive thru.. ”

” Kecik2 lagi dh ade job ye wara. Ni klu ada yg tanya, brapa thun dh pengalaman jdi mua ni, terus jawab dari dok dlm perut lagi dh jadi mua haha.. ”

” Ketuk-ketuk brush tu tak menahan betul haha.. kemain di ketuk..kalau look tak letopp jugak tak tahu lah.. ”

” Weh ni drive thru make up ke haha. Style baru, Wara lagi advance.. Mata tuuu tak boleh tahan… jerling elok nk pikir warna eyeshadow apa sesuai kot.. ”

” Job dia memang dekat tingkat eihh.. drive thru punya version ni haha.. Mata tu gaya mahaii.. ”

” Jari pegang brush tu kemain.. macam mama dia la.. dengan muka tu amboii Wara.. tenung muka mcm nk makan ja ni.. garang ni jurumekap nie.. ”

” Tu dia siap ketuk-ketuk brush tu. habis la amik alih job mak dia.. hebat make up drive thru je haha.. ”

” Aku tak boleh betul la part ketuk brush tu. Anak Muabellaz sangat haha.. caras job mak dia hehe.. habis mak hang tak boleh cari makan dh.. ”

Baru setahun jagung, Wara sudah mula menunjukkan bakat dan minatnya untuk menjadi MUA seperti mama. Tidak mustahil Wara akan menjadi MUA yang hebat seperti mamanya nanti. Dari kecil sudah praktis, apabila besar nanti tentu pakar macam Bellaz. Semoga menjadi pelapis mama ye Wara.

Silakan SHARE..

Sumber :Β  Tiktok Muabellaz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT