Artis / Selebriti
” Aku pulak menitis air mata dengar cerita Shuib ni. Rindu yang tiada penghujungnya.. ” – Netizen
Video Shuib Sepahtu Bercerita Mimpi Arwah Siti Sarah Buat Warganet Sebak. Sedihnya Tengok Shuib Menangis Beritahu Nampak Sarah Tersenyum Manis Pakai Baju Warna Putih. Hati Shuib Cuma Rindu !!
Sudah bertahun arwah Siti Sarah pergi meninggalkan Shuib Sepahtu, namun perasaan kasih dan sayang Shuib terhadap isterinya itu tidak pernah pudar. Sejak dari Sarah pergi lagi, saban hari Shuib mengharapkan untuk dapat bertemu Sarah dalam mimpi.
Meninjau entry di akaun Instagram Hlive, telah diulangsiar beberapa buah video yang memaparkan Shuib berkongsi cerita dirinya sudah dapat mimpi bertemu Sarah. Harapan Shuib dimakbulkan Allah dan kali ini air mata Shuib jatuh lagi ketika berkongsi kisah mimpinya itu.
Dipendekkan cerita, Shuib cuba menelefon Sarah, namun panggilannya tidak terjawab. Tetapi selepas itu, Sarah menelefon Shuib kembali dan ketika itu lah, gambaran Sarah dalam penampilan serba putih muncul. Shuib mengatakan Sarah memandangnya dengan senyuman yang cukup manis.

Shuib dan Sarah kali akhir mereka bercakap adalah melalui telefon iaitu sebelum Sarah ditidurkan. Simbolik sungguh mimpi Shuib menantikan panggilan Sarah kerana itu lah cara terakhir sebelum Sarah pergi selamanya meninggalkan Shuib.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat video seterusnya )
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alfatihah… aku pulak menitis air mata dengar cerita Shuib ni. Kita orang luar pun Rindu dgn Sarah.. Ini pula Suami.. ”
” Sayangnya seorang suami gini kat isteri mashallah mashallah. Perbualan terakhir suhib dan arwah adalah melalui fon… Allah hu Akbar.. ”
” Sedihnya, air mata tak sedar mengalir sama. aku tak blh bila bab arwah siti sarah ni. Al fatihah utk arwah siti sarah, Aamiin³ ya rabbal alamin.. ”
” Betapa kita nak sgt ‘call’ dia, tak berjawap, tiba2 call tu di angkat. Ya Allah, that feeling.. Sedihnyaa.. Tak boleh cerita pasal arwah Sarah ni.. Rasa mcm masih ada.. ”
” Aku pulak merembes nangis. Sedih menangis dgr mimpi yg shuib kongsi. rindu yg tiada penghujung. Al fatihah arwah siti sarah.. ”
” Dgr suara lagi tu terus ntis air mata.. nampak sgt yg kami turt mrindui arwah.. rindu yg tiada penghujung, wlwpn ada pengganti.. ”
” Aaaaaaaa sedihlaaaa dengar sampai habis.. Nangis weh kalau cerita bab arwah Sarah ni.. rindu yang tiada penghujungnya.. ”
Hanya Allah yang tahu perasaan sedih yang dirasai oleh Shuib. Rindu dan terus merindu pada si isteri yang jauh di sana. Shuib menangis, warganet pun turut sama menangis mengenangkan Sarah. Semoga arwah Sarah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan syurga tempatnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hlive , IG Shuib Sepahtu, IG Sitisarahraissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen



