Artis / Selebriti
” Aku ni tahan tau tak nak ketawa. Tapi bila Baby buat gaya menangis tu, tersembur aku, haha.. ” – Komen Netizen
Video adik Bell Ngasri, Nassuhada Ngasri bersama Norreen Iman menyanyi lagu Hey Ladies buat ramai terhibur. Amboi Baby, penuh perasaan Baby menyanyi. Lawak betul Baby jeling masa Norreen menyanyi tu, haha..
Bagi yang suka mengikuti pelakon Norreen Iman, pasti mengetahui yang Norreen suka berkongsi video menyakat sepupunya iaitu Nassuhada Ngasri yang juga merupakan adik kepada pelakon Bell Ngasri. Video Norreen menyakat Nassuhada atau mesra dengan panggilan Baby ini membuat ramai tak kering gusi ketawa.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok shatila.tan, telah dikongsikan video live memaparkan Norreen bersama Baby. Menerusi video itu, kedengaran Baby dan Norreen sedang berduet menyanyi lagu bertajuk Hey Ladies nyanyian asal oleh Datuk Rossa. Pada awalnya, Baby yang mula menyanyi dan disambung pula oleh Norreen.
Perkongsian video ini sekali lagi telah mengundang tawa warganet. Telatah Baby dan Norreen ketika menyanyi mencuit hati ramai. Seloroh warganet, meskipun lirik yang dinyanyi oleh Baby tidak betul, namun gaya Baby sangat menghiburkan, lagi-lagi Baby membuat pelbagai reaksi ketika menyanyi.

Komen warganet lagi, menonton live Norreen dan Baby membuatkan hari-hari mereka sentiasa seronok dan mampu menghilangkan stress. Sehingga kini, video nyanyian Norreen dan Baby itu telah ditonton lebih 75 ribu tontonan dan menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@shatila.tan noreen nyanyi ❌ baby nyanyi ✅ comel la baby 🤣🤣🤣🤣🤣
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Aku ni tahan tau tak nak ketawa. Tapi bila Baby buat gaya menangis tu, tersembur aku, haha.. Lawak lah Baby, comel sangat.. “
” Aku kalau sedih, mesti cari live Norren dan baby, mesti hilang terus sedih aku.. Baby face expression tu mantap tau, hahaa.. “
” Paling seronok tengok live baby dan Norren.. Mesti tengok ulang2.. Aku gelak tgk Norren tak puas hati baby conquer. Nampak nau baby enjoy dgn lagu ni.. Hilang stress otak aku, haha.. “
” Cara si Noreen melayan si baby memang terbaik.. Biarkan je dia nyanyi ikut lirik dia ok.. emain siap gerak2 tangan, comel.. “
” Noreen ada miss 1 part je laju je baby nak tengok noreen. Dia punya part, okay je.. Mcm mana lah noreen blh tahan gelak.. Klu sy mau keras perut.. “
” Noreen sporting, nyanyi Pon sedap walaupun org sbelah jeling, hahaha.. Comelnya baby. terima kasih baby hiburkan kami.. “
” Yang penting dia confident. nyanyian dia, dia menghayati. mata dia tu.. Geram sy tgk tau, haha baby2 kenapa lah comel sangat awak ni.. “
Patut lah ramai yag menyukai video Norreen dan Baby, memang tak pernah tak kelakar. Ada sahaja yang membuatkan yang menonton terhibur. Tengok sahaja lah gelagat Baby ketika menyanyi, sempat Baby membuat reaksi menangis yang paling comel. Harap perkongsian video ini juga menghiburkan para pembaca semua.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok shatila.tan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sweetnya, aku ni dah sakit rahang ni dari tadi senyum tak habis-habis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen

