Artis / Selebriti
” Aku ke punca Sepah berpecah ? ” – Rahim Sepahtu
Video Rahim Sepahtu menjawab soalan mengenai kumpulan Sepah raih perhatian warganet. Ramai yang kaitkan perpecahan kumpulan Sepah kerana Rahim. Ini penjelasan Rahim sendiri..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Inspirasi.my, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Rahim Sepahtu dalam Raja Lawak Podcast bersama hosnya Radin Era dan Pak Azad. Banyak yang diperkatakan dalam podcast ini dan antaranya isu-isu hangat mengenai kumpulan Sepah.
Kata Rahim, dia sering menerima pertanyaan yang berbau negatif dan ramai yang menyalahkan Rahim sebagai punca kumpulan Sepah berpecah. Semua sedia maklum, kumpulan Sepah terdiri daripada Jep, Shuib dan Mamat. Kehadiran Rahim pada awalnya hanyalah untuk special project program Maharaja Lawak pada tahun 2013.
Jep sendiri mengingatkan Rahim pada ketika itu yang Rahim bukan ahli Sepahtu dan hanya undangan sahaja. Rahim ada bertanyakan kepada Jep, mengapa Jep memilih dirinya. Jawapan Jep membuatkan Rahim berazam untuk memberikan yang terbaik.

Ianya suatu penghormatan untuk Rahim kerana bukan mudah untuk terpilih bersama kumpulan lawak yang gah namanya. Rahim memberikan sepenuh commitment agar ianya menepati kehendak Jep. Namun rezeki tidak pernah salah alamat dan Rahim diserap menjadi ahli tetap kumpulan Sepahtu.
Jom tonton video di bawah :
Sudah ditakdirkan rezeki Rahim panjang bersama Sepahtu dan sehingga sekarang, Rahim antara watak penting dalam Sepahtu Reunion Live. Keserasian antara Rahim dan Jep juga agak baik dan mereka ‘sekepala’ apabila bekerja bersama-sama dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Tidak perlu lagi Rahim disalahkan kerana perpisahan kumpulan Sepah. Jep pernah memberitahu kumpulan Sepah tidak pernah berpecah, cuma mereka membawa haluan masing-masing. InshaAllah suatu hari nanti dengan izin Allah pasti impian peminat untuk melihat kumpulan Sepah bersama di atas satu pentas akan termakbul.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inspirasi.my, IG Mstar, IG Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen

