Artis / Selebriti
” Aku kalau jumpa Tokti pun aku nangis sebab idola dari kecil.. ” – Komen Netizen
Video reaksi Siti Khadijah Halim ketika melihat persembahan biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza di Rizman Ruzaini Ball 2024 raih perhatian warganet. Alahai sedih betul Siti sampai nangis dapat jumpa idola. Tokti pun sporting, siap pegang Siti lagi..
Semalam telah berlangsungnya majlis khas Rizman Ruzaini Ball 2024 sempena meraikan kejayaan pasangan ini yang sudah lama dalam dunia fesyen. Majlis ini dihadiri oleh ramai rakan artis antaranya biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Aina Abdul, Fasha Sandha dan ramai lagi.
Meninjau entry di akaun Instagram Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Siti membuat persembahan ketika di majlis tersebut. DS Siti menyampaikan lagu popularnya berjudul Aku Cinta Padamu. Nyanyian DS Siti memukau semua yang hadir.
Pelakon meningkat naik masa kini, Siti Khadijah Halim yang juga berada di situ tidak dapat menahan airmatanya ketika melihat persembahan DS Siti. Peluang menyaksikan idola sejak zaman kecilnya ini di hadapan mata membuatkan Siti Khadijah sebak dan terharu.

Siti Khadijah juga berkesempatan untuk mengabadikan gambarnya bersama idola kesayangannya itu. Siapa sahaja yang tidak sebak dan teruja apabila dapat bertemu DS Siti. Aura DS Siti dan keperibadiannya yang tidak sombong dan peramah itu membuatkan semua menyayangi DS Siti.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Siapa jumpa mak iti mesti akan menangis . Trust me . Mak iti je yang akan buat kita nangis.. suara yang menjadi peneman dalam kereta.. “
” Aku kalau jumpa siti pon aku nangis.. sebab idola dri kecik.. buku siti. album siti semua aku buat.. orgnye je xde rezeki dpt jumpa.. “
” Dah pernah dengar depan-depan. memang naik bulu roma dengar suara tokto live.. lunak dia tu tak leh nk cakap dengan kata-kata.. “
” Kalau saya jumpa depan-depan pun mau menangis… belum ada rezeki lagi… inshaa Allah suatu hari nanti.. “
” Sayaaa.. dekat hausboomhq 2024. gempak sangat suara tokri sampai nangis dengar.. idola sepanjang zaman ni.. “
” Penyanyi kesayanganku dulu kini dan selamanya.. yes same feeling asa tengok konsert hotlink tokti.. “
” Mmg goosebump yee bila dgr tokti yanyi live depan2.. syukur dpt hadir.. konsert kt UTM dlu… hahahaha.. ak dtg awall… Sbb thu mmg ramai nnt dtg.. “
Siapa sahaja yang tidak teruja dan sebak apabila dapat bertemu mata dengan penyanyi yang diidolakan sejak bertahun lama. Tercapai impian Siti Khadijah untuk bertemu dan melihat DS Siti menyanyi depan mata. Tentu Siti Khadijah tengah seronok sekarang kerana dapat bergambar dengan DS Siti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Gempak, IG Sitikhadijah, IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen

