Artis / Selebriti
” Aku genggam tangan mereka kuat dengan seikhlas hati seorang ibu.. ” – Rita Rudaini

Muatnaik Gambar Throwback Bersama Anak-Anak Ketika Kecil, Luahan Hati Rita Rudaini Mengenai Kehidupan Bersama Anak-Anak Buat Ramai Yang Tersentuh. Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul. Permintaan Rita Di Hujung Kapsyen Begitu Menyentuh Hati !!
Bukan mudah bergelar ibu tunggal apatah lagi jika ada anak yang perlu dibesarkan. Pahit getir kehidupan, segalanya perlu dihadapi seorang dan banyak pergorbanan demi memastikan kehidupan anak-anak berjalan dengan baik dan sempurna. Begitu juga lah yang dirasai oleh pelakon cantik, Rita Rudaini.
Meninjau akaun Instagram Rita Rudaini, telah dikongsikan sekeping gambar throwback Rita bersama anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Ketika ini Rayyan masih terlalu muda untuk mengerti apa yang terjadi dalam kehidupan mereka dan Qaqa masih lagi bayi.

Klik gambar untuk info..
Luahan rasa hati Rita di ruangan kapsyennya juga menyentuh hati ramai. Tidak terluah segala rasa di hati wanita cekal ini kerana jalan cerita hidupnya begitu banyak liku dan pancarobanya. Ketika Rita jatuh tersungkur, hanya anak-anak yang menjadi kekuatan Rita untuk kembali bangkit.
Banyak yang mereka lalui bersama dan kini anak-anaknya sudah membesar menjadi anak yang baik dan tinggi budi bahasanya. Banyak kecaman dan cacian yang ditelan oleh Rita sepanjang membesarkan anak-anak dan pinta Rita hanya satu, tiada ada yang mengganggu gugat kebahagiaannya bersama anak-anak.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Rita ini sehingga kini telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” InsyaAllah Allah akan sentiasa akan tolong ampa.. Rita, you’re one strong lady.. In Syaa Allah akan sentiasa terus kuat bersama dgn anaknda berdua.. ”
” Semoga terus kuat. pedulikan org lain.depa xtau kita yg sush.. sy jgk pernh lalui situasi mcm2 ank2 kak rita.. perit.. org berckp je senang.. ”
” Orang YG Pernah Bergelar Janda jer Tahu Macamana Membesarkan Anak sorang diri.. You are strong. Hanya Dia yg Maha Mengetahui segalanya.. ”
” Ibu yang HEBAT…. semoga terus KUAT demi Anak²…. Bila mana ank² kecil perlukan kaseh syng… IBU HEBAT nie lah yang BANGKIT BERJUANG…. LOVE U SIS.. ”
” Ibu yang hebat membesarkan anak-anak dan mendidik anak-anak keseorangan.. semoga Allah mudahkn urusan akak.. Proud of you.. ”
” Semoga kekuatan sis akan menjadi contoh kekuatan kpd org lain. Sis wanita yg hebat dan mommy yg kuat serta tabah dlm hadapi semua, moga dipermudahkan segala urusan.. ”
” Suka kak ritrud727 neyh sbb dia tegas.. org nk pijak2 pn tak tembus kepala laaaa.. semoga akk n family sentiasa dlm rahmat dan lindungan ALLAH.. ”
Betapa kuatnya insan bergelar Rita Rudaini ini hanya yang benar-benar mengikutinya dari dulu tahu. Ibu yang kuat untuk anak-anak yang kuat dan hebat, Insha Allah. Semoga Allah permudahkan jalan kehidupan Rita dan anak-anak serta bahagia selalu bersama.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rita Rudaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Unexpected menu dia buat, sekali aku pun berdekah, haha.. ” – Komen Netizen