Connect with us

Artis / Selebriti

” Aku dah serious tau, tiba tiba Bukit Kayu Hitam terbahak aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen

Video Fikry Ibrahim bercakap dalam bahasa Perancis buat warganet terhibur. Wah betul-betul ‘pekat’ slang Perancis Fikry ni. Perkataan last tu sampai tak boleh nak tangkap langsung. Tertipu betul, haha.. 

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Fikry Ibrahim. Aktor ini seringkali berkongsi video yang mencuit hati warganet. Karakter Fikry yang selalu ceria dan berjenaka spontan menggeletek hati. Ada sahaja idea Fikry untuk menghiburkan pengikut media sosialnya.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Fikry Ibrahim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fikry bermain challenge memilih tempat dalam bahasa Perancis. Pada awalnya memang ramai yang menyangka Fikry benar-benar pandai berbahasa Perancis.

Soalan yang diajukan menerusi video ini semuanya mengenai nama-nama tempat yang ada di Kedah. Setiap soalan, Fikry perlu memilih satu jawapan tempat yang menjadi pilihannya. Mendengar sebutan Fikry itu membuatkan ramai yang terhibur.

Pandai sungguh Fikry mengelirukan warganet. Sebutan Bukit Kayu Hitam paling kelakar sehinggakan Fikry sendiri tidak dapat menahan ketawa. Bagi yang sedang bersedih, menonton video ini mungkin dapat membuatkan anda ketawa dan memberikan sedikit senyuman.

Jom tonton video di bawah :

@afikryaibrahim

♬ original sound – Fikry Ibrahim – Fikry Ibrahim

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Aku dah la tengah sedih GSF ni, terus jadi orang gila duk gelak.. Yang last sekali tu apa hareyy lgsg takleh catchup.. sakit perutttt aku gelakkkk.. “

” Ingat dia nk buat ayat solidariti dalam bahasa perancis.. sereyau dengaq bukit kayu hitam tu.. terlebih dengung tu takut jadi kot lain ja.. “

” Loghat utara is so french coded.. Aku dah serious tau, tiba tiba bukit kayu hitam terbahak aku ketawa. haha.. Bahasa utara sama dengan bahasa perancis, idgham sama.. “

” Cering oo bulu roma aku tgu dia sebut sungai petani. nasib baik tadak. berkahak elok ahahah.. aku malas la gn fikri ni.. masaalahnya mulut aku dh ikut terkumat kamit nk ikut belaja.. haishhhhh.. “

” Baru Tau perancis sebahagian Kedah yg terpisah rupanya.. bukit jgn dok idgham lebih sgt na.. bunyi serem.. “

” Bahasa baru ke, dengar awal awal dah seram haha.. aduh rosak bahasa Melayu kita.. berkahak wee bunyinya haha.. sekadar hiburan.. “

” Ok aku tahu dah cakap perancis camna lepas aku tengok tt ni.. stress aku, dia sebut yang sedap disebut je tu haha.. “

” Aku baru nak bangga, harey betul.. Klu tk da tulis kt bwh tu.. Aku kan ckp.. Pandai ckp France.. Aku ni mudah tertipu.. “

Nasib baik ada subtitle, kalau tidak tentu ramai yang terpedaya menyangka Fikry betuk-betul bercakap dalam bahasa Perancis. Sebutan Fikry memang penuh yakin, perkataan terakhir paling mencuit hati. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga semua juga terhibur.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Fikry Ibrahim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Cantik
Vivo Y04

Trending

Copyright © Berita Kopak