Artis / Selebriti
” Aku auto jerit dia letak dekat pipi. Berderau darah terkejut, haha.. ” – Komen Netizen
Video Bell Ngasri menunjukkan kepandaian adik istimewanya, Baby menggosok baju curi perhatian warganet. Eh ada plot twist pulak di hujung video tu. Kus semangat tengok Baby buat macam tu..
Bell Ngasri dan adik istimewanya, Baby Syuhada kini sedang dalam penggambaran drama berjudul Syuhada. Drama ini menggandingkan mereka adik beradik dan diarahkan oleh Amorizan untuk siaran di RTM TV1 dan akan bersiaran tidak lama lagi.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Bell Ngasri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Bell dan Baby ketika berada di set penggambaran. Bell memperkenalkan kepada semua bahawa Syuhada adalah adiknya dan keistimewaan yang Allah kurniakan kepada adiknya ini.
Kata Bell, Baby pandai menggosok baju dan ianya dilakukan dengan kemas sekali. Tidak itu sahaja, Bell juga memuji adiknya ini pandai melipat kain baju. Ketika Bell ingin menyambung pujiannya terhadap Baby, tiba-tiba sahaja Baby meletakkan seterika di pipinya.

Rupa-rupanya plug tidak disambungkan dan seterika itu hanya lah sekadar lakonan semata-mata. Lawak sungguh melihat Baby bercakap seolah-olah seterika itu adalah handphone. Bukan main lagi Bell dan Baby ketawa kerana berjaya mengenakan warganet dengan jenaka spontan mereka itu.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Aku auto jerit dia letak dekat pipi.. kussss semangat haha.. Ingtkn betol2 la dia iron baju. Rupanyaaaaa drama suiz x on.. “
” Terkejut akak dik letak dekat pipi tu. berderau darah terkejut haha..gurau kasar ek dua beradik ni. Adik nya pun memainkan peranan berlakon.. “
” Hahahahahah.. tgk pulak plug dia sangkut kt mana. Bawak tilammmmmmmmm ada plug point agaknya… terjerit aku part letak iron kat pipi.. hahahahhaa terkena jugak weh.. “
” Tanjat Boboy.. Ini bukan Bell menyakat Suhada, tp Bell & Suhada menyakat netizen. Weh.. kussss semangat.. tanjat gegurl bila dia boh iron kat pipi dia.. adoi la baby…. haishhh.. “
” Kurang asam, terperanjat aku weh.. baru nak tunjuk kat anak bongsu down sindrom,skali buh kat pipi naya hangus pipi bambam tu, ajaran sesat bell ni.. “
” Terperanjat kita nak oiii, bertuah betul.. memang kelakar dua beradik ni.. baru nk kagum adoyaii terkejut tetb nk test kat pipi… Ade yg kna palau ng netizen nt sbb ‘dera’ adik istimewa.. “
” Adik dengan abang sama je pandai melawak.. terperanjat tau, ko jangan macam macam erk.. menjerit kita dia tekap iron kt muka. Skali baru prasan soket cucuk kt tilam je.. “
Pandai sungguh Bell dan Baby prank warganet dengan aksi bersahaja mereka itu. Siapa yang tidak terperanjat melihat Baby meletakkan seterika di pipinya itu. Sama-sama kelakar abang dan adik ini. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bell Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi

