Artis / Selebriti
” Akiko memang looking forward untuk prepare menu ni tapi sayangnya tak kesampaian.. ” – Komen Netizen

Ridzokumura kongsi gambar close up nota terakhir arwah Akiko serta makna tulisan dan detail setiap lakaran Akiko buat warganet kagum. Sangat teliti Akiko demi untuk mengenyangkan hati Ridz dan Sky. Salute betul dengan Akiko ni..
Pemergian isteri Ridzokumura, Akiko Okumura sangat mengejutkan semua dan ianya meninggalkan kesan mendalam tidak hanya terhadap Ridz dan anak mereka, Sky tetapi juga semua followers yang mengikuti Ridz di akaun media sosial. Kelembutan Akiko dan caranya menjaga Ridz dan Sky dikagumi oleh ramai.
Sebelum ini, Ridz ada menunjukkan sepintas lalu nota terakhir yang ditulis oleh Akiko sebelum Akiko meninggal. Nota itu diletakkan di atas meja dan ianya adalah persediaan yang Akiko lakukan untuk juadah bersahur Ridz dan Sky sempena Ramadhan yang bakal menjelma.
Namun Allah lebih menyayanyi Akiko dan semua itu tinggal kenangan. Menerusi perkongsian terbaru Ridz di akaun Instagramnya, telah dimuatnaik gambar secara close up nota tersebut. Satu demi satu lakaran Akiko dapat dilihat menerusi nota kecilnya ini.
Ridz juga turut menuliskan secara terperinci makanan yang dirancang oleh Akiko berdasarkan lakaran tersebut. Ketelitian Akiko dalam urusan rumahtangga memang terbaik. Selalunya orang hanya menulis menu apa yang ingin dimasak tetapi Akiko, turut melakar untuk susun atur juadah juga.
Jom baca perkongsian di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Arwah Akiko pergi ramai yg menangisi. Ikon utk para isteri dlm menyiap kan makanan utk ank dan suami. Semoga Syurga lah tmpt mu Siti Aisyah Akiko Al- Fatihah.. “
” Seorang mualaf yang bersemangat melayani anak Dan suami ketika bulan ramadhan setiap tahun.. Al-Fatihah.. “
” Teliti betul arwah.. in shaa Allah smua hasil tgn dia Selama ni dia dh dpt ganjaran kt sana.. kagum sangat.. “
” Istimewa arwah ni, bukan seorg yg siapa2, bukan celebrity pun, tapi kami cukup terkesan. Pemergiannya mengingat kan kami yg kdg2 alpa, bahawa kematian itu benar dan tidak lambat, juga tidak cepat. Kami doakan arwah ditempatkan bersama para solehin. Aamiiinnn.. “
” Selama sy hidup, sy tak pernah draf menu makan sedetails ni, apa ada dlm peti, campak saja.. tiada pengganti akiko… satu2nya akiko.. “
” Particular Dan semangat sangat arwah Akiko… semata nak hidangkan makanan untuk suami Dan anak.. siap dengan plan lukis nak hidang macam mana…tak pernah lagi la dibuat rasanya.. “
” Siap ada lukisan lagi.. Arwah Akiko memang looking forward untuk prepare menu ni.. tapi sayangnya tak kesampaian. suka sgt tngok arwah sajikan makanan utk keluarganya.. sgt2 perfect.. “
Nota terakhir Akiko yang akan selalu diingat oleh Ridz dan Sky. Akiko satu dalam sejuta dan payah untuk mencari suri hati seperti Akiko. Semoga arwah Akiko tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Untuk Ridz, moga Allah tiupkan kekuatan dalam jiwa Ridz untuk mengharungi hari-hari mendatang dengan tenang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Viral5 days ago
” Mama dia masuk, mama dia sebut 1 perkataan yang buat saya sebak.. ” – Wakil Pengurusan Jenazah
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak nak fly jauh weh. Touching la kita tengok Faz packing. Siap kiss pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dari tadi saya dengar suara dia, air mata ini meleleh je.. ” – Misha Omar
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen