Artis / Selebriti
” Aiyokkk Tokwi dah bunyi. Bapak sound halus je, haha.. ” – Komen Netizen
Video respon Dato’ Awie setelah melihat video viral anaknya, Ahmad Merrah dan anak Dato’ Jamal Abdillah, Zaki Yamani meniru gaya nyanyiannya curi perhatian warganet. Haa dengar tu Merrah, habis lah..
Beberapa hari yang lalu, viral video parodi yang dilakukan oleh anak Dato’ Awie, Ahmad Merrah dan anak Dato’ Jamal Abdillah, Zaki Yamani yang mana mereka berdua mengajuk gaya nyanyian ayah masing-masing. Ianya menghiburkan warganet kerana kedua-duanya memiliki suara yang sama dan seakan-akan Awie dan Jamal versi muda.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Official Hlive, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual pihak wartawan bersama Dato’ Awie. Lagenda rock ini ditemui dalam satu acara dan kesempatan tersebut digunakan dengan sebaiknya untuk bertanyakan Dato’ Awie mengenai video viral tersebut.
Dato’ Awie seorang yang tenang dan bijak menjawab pertanyaan itu. Tidak marah dan menganggapnya itu hanya lah satu gurauan daripada Merrah dan Zaki, Dato’ Awie sendiri terhibur dengan telatah Merrah dan Zaki memparodikan suaranya dan Dato’ Jamal.

Kata Dato’ Awie, dia lebih terbuka dengan anak-anak dan melayani mereka seperti kawan. Ini penting supaya anak-anak lebih akrab. Namun ada nasihat dan pesanan yang Dato’ Awie tekankan dalam video tersebut mengenai batas seorang anak dan ayah yang masih dia laksanakan.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat video seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Ahmadmerrahh kalau datuk Awie cekak pinggang tunggu depan pintu rumah paham2 la ye haha.. tapi sumpah comel korang bahan lagu ayah sendiri.. “
” Nasib korang la budak, aiyokk Merrah.. daddy dah bunyi tu heheh.. buat banyak lagi merrah.. kami terhibur.. “
” Aiyokkk Tokwi dah bunyi.. Bapak sound halus je, haha.. larik Merrah haha.. steadyyy bapak… dia kawan anak tapi dia strict dlm mendidik anak2.. terbaik dato awie.. “
” Betul gurauan itu boleh tp jgn berlebihan.. ingtlah wahai anak bapa mu itu siapa hehe.. tapi parodi merrah dengan zaki ni memang sekadar gurauan manja je sebenarnya.. utk hiburkan kami-kami peminat tokwi.. “
” Ye lah kami pun tengok terhibur telatah merrah dengan zaki tu.. versi junior sangat sangat ni.. comel je masing masing punya perangai tu.. “
” Anak awie muka sebijik 99 % DNA bapak dia.. Steady DA. Anak anak di didik dengan adab, akhlak, sopan santun. Pastinya anak akan cari bapanya untuk mengadu dan bercerita kerana bapalah kawan paling dekat.. “
” Lepastu anak masing2 komen kt video ni, haha.. betul-betul tak makan saman ni.. merrah dengan zaki dua dua lawak masalahnya.. confirm tokwi pun tergelak sama tengok.. “
Jawapan yang terbaik daripada Dato’ Awie. Anak-anak dijadikan kawan supaya lebih akrab dan boleh berkongsi cerita, namun tetap ada batas antara anak dan ayah. Apa-apa pun, Merrah dan Zaki hanya bergurau sahaja dan sekadar hiburan semata-mata.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hlive, IG Dato’ Awie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hempuk tangan ala-ala style gangster. Sakit perut ketawa tengok Trice.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Diganggu wanita misteri sebelum waktu berbuka.. ” – Fedtri Yahaya

