Artis / Selebriti
” Air mata menjadi saksi, rinduku berbalas.. ” – Dato’ Awie

Gambar Pertemuan Semula Dato’ Awie Bersama Bekas Isteri, Rozana Misbun Dan Anak-Anaknya, Rezzki Dan Qasseh Setelah 8 Tahun Terpisah. Alhamdulillah Terlerai Rindu Di Hati. Cantik Dan Handsome Anak-Anak Dato’ Awie Ni !!
Menerusi akaun Instagram Berita Harian, telah dikongsikan gambar pertemuan semula antara Dato’ Awie dan anak-anaknya, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha setelah 8 tahun terpisah. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Dato’ Awie ketika malam gala filem, Sue-On baru-baru ini, Aidiladha kali ini sangat bermakna untuk Dato’ Awie.
Menurut laporan portal Berita Harian, Dato’ Awie berkumpul bersama anak-anaknya ini di sebuah hotel. Pertemuan ini turut disertai oleh anak-anak Dato’ Awie yang lain iaitu Putri Aleeya Antasha, Putri Aleefa Antasha, Putra Ahmad Merrah dan juga isteri Dato’ Awie, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin.
Bekas isteri Dato’ Awie, Rozana Misbun juga turut sama bersama keluarga besar ini. Antara ungkapan yang ditulis oleh Dato’ Awie berbunyi ‘ Terima kasih Allah kerana mendengar doa-doaku. Sekian lama terpisah akhirnya dapat aku bertemu dengan anak-anakku. Syukur Ya Allah ‘.
Dato’ Awie turut mengatakan anak-anaknya ini hartanya dunia akhirat dan berharap agar pertemuan ini menjadi titik permulaan yang baik untuk semua. Sudah besar Rezzki dan Qasseh, cantik dan handsome sama seperti kakak-kakak dan abang mereka.
Jom baca perkongsian di bawah :
Pastinya rasa gembira yang Dato’ Awie rasanya kini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Impian untuk bersatu kembali bersama anak-anak dimakbulkan oleh Allah. Melihat kesemua anak-anak di hadapan mata, hanya Allah yang tahu betapa syukurnya Dato’ Awie atas nikmat ini.
Kegembiraan Dato’ Awie yang dapat dilihat dengan jelas pada wajahnya itu. Senyuman bahagia seorang yang bergelar ayah. Semoga ukhuwah yang kembali terjalin ini sentiasa dalam rahmat Allah dan kekal berkekalan baik sampai bila-bila.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Berita Harian, IG Awie, IG Ladyana_alqudree
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Last-last bantai juga joget, terkejut cikgu. Ami lagi terkejut.. ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Selalu Nabil yang suka menyakat Tok Ram. Kali ni, Tok Ram pula menyakat anak Nabil, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Siapa cakap suara Thalita tak sedap, meremang oii. Part kepala dengan muncung bibir tu sebijik Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dia cakap nak duduk je, tapi berdekah satu auditorium ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Beautiful speech, lawak, sedih, perli, semua ada. Berani dia mengata ayah dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Wei aku sedih dengar Hadie backup mak dia. Educated betul cara dia cakap.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Tidak logik orang yang mahu bun0h diri akan mahu bergayut dahulu.. ” – Mona Din
-
Viral2 days ago
” Perkara begini pun nak dijadikan berita, tak jaga sensitiviti betul.. ” – Ibu Zara Qairina