Viral
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
Nukilan rasa kakak arwah Fakhrul Ariff Rosdi (UPSI) buat ramai tersentuh. Part kisah malam raya tu paling sebak. Sesuatu yang tidak pernah Fakhrul buat sepanjang hayat dan ayat Fakhrul ucapkan pada umi dan abah rupa-rupanya petanda..
Walaupun sudah lebih 2 minggu berlalu sejak tragedi nahas bas terbalik di Gerik, namun kisah-kisah mangsa yang terkorban masih lagi meruntun hati warganet. Salah seorang mangsa yang terkorban dalam nahas itu adalah pelajar pintar Matematik, arwah Fakhrul Ariff Rosdi.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Syazwan, telah dikongsikan nukilan rasa oleh salah seorang adik beradik Fakhrul bernama Nurul Asyiqin Aisyah. Pemergian Fakhrul sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam di hati seluruh keluarga Fakhrul.
Kata Asyikin, dia tidak sempat memeluk Fakhrul untuk kali terakhir tetapi rasa rindu terhadap adiknya itu selalu ada. Tiada lagi gelak ketawa dan usikan Fakhrul yang suka menyakat adik beradik. Rumah yang dulunya selalu riuh dengan gelak ketawa kini sunyi sepi.

Asyikin turut berkongsi cerita perangai pelik yang ditunjukkan oleh Fakhrul ketika malam raya yang lepas. Tidak pernah Fakhrul berkelakuan sedemikian rupa. Lebih menyedihkan, Fakhrul sempat memberikan duit raya yang pertama dan terakhir untuk kedua ibu bapanya hasil titik peluhnya bekerja.
Jom baca perkongsian di bawah :











Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nukilan yg sgt2 meruntun hati.. Nangis baca sampai ke akhir walaupun x kenal antare kite.. moga Allah tempatkn arwah b sama2 org b. iman.. “
” Fakhrul arif, Allah muliakan awk Dik. Nama awak semua org sebut. nama awk dihadiahkan al fatihah Tau setiap Kali post awk dgn kwn2 lalu. untung awak.. “
” Nukilan yg meruntun air mata keluar.. Allah… salam takziah untuk sis sekeluarga.. Al-Fatihah untuk insan terpilih Fakhrul Ariff.. “
” Ya Allah sedihnya membaca luahan hati awk dik.semoga arwah di tempatkn disisi org2 yg beriman.. “
” Allah tumpah lagi airmata walau x pernah jumpa tak pernah kenal terasa dekat terasa sebak setiap Kali lalu wajah awak anaknda Fakhrul Arif.. “
” Hilang sekelip mata mmg satu perasaan yg tak dapat nak digambarkan. semoga tenang di sana adik fakhrul arif dan ditempatkan dlm kalangan org yg beriman. aamiin.. “
” Jatuh lg air mata kak dik baca kisah anak Fakhrul ni.. moga syurga buat mu nak.. air muka dia sejuk je tgk.. “
Pergi secara tiba-tiba dan tidak tergambar sedihnya perasaan seluruh keluarga Fakhrul. Tiada lagi gelak tawa Fakhrul yang ada cuma kenangan untuk mereka mengubati rindu. Semoga arwah Fakhrul tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang beramal soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Syazwan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mula-mula dulu dia kata dia macam takde perasaan dengan kita. Sekali.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti2 days ago” Spacedollah selamba je pecah rahsia Bella dengan YB Saddiq eh. Abang ipar green flag lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Baru je nak bahan Dato’, sekali kena balik. Tak boleh simpan rahsia Dato’ Aliff ni, haha.. ” – Komen Netizen

