Connect with us

Artis / Selebriti

” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen

Video Oddah menari bersama anak Dato’ Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah raih perhatian ramai. Wah, pandainya Aafiyah menari walaupun nampak malu-malu. Dah boleh challenge Kak Oddah..

Meninjau ke akaun Tiktok Auddra, perkongsian sebuah video yang memaparkan Auddra atau lebih dikenali dengan panggilan Oddah bersama anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah telah meraih perhatian ramai. Mereka berdua membuat video trend Tiktok sambil menari.

Dengan kapsyen ‘ adik-beradik kononnya ‘, ia merujuk kepada hubungan Oddah dan Aafiyah. Ini kerana Oddah merupakan anak angkat Dato’ Seri Siti sejak dari kecil lagi. Walaupun tidak dijaga sepenuhnya oleh Dato’ Seri Siti, namun sesekali Oddah diambil oleh Dato’ Seri Siti ketika Oddah masih kecil.

Kini Dato’ Seri Siti sudah mempunyai cahaya mata sendiri tetapi hubungannya sebagai ibu angkat Oddah tetap seperti dulu. Oddah sudah meningkat remaja dan kini mempunyai adik angkat pula. Aafiyah kini sudah berusia 8 tahun.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 74 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nampak comel sekali melihat video ini terutamanya apabila melihat gelagat Aafiyah yang nampak malu-malu untuk menari.

Jom tonton video di bawah :

@auddratok2.0

Adik beradik kononnyee

♬ Big Guy – from “The SpongeBob Movie: Search for SquarePants” – Ice Spice

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Lama xtgk afiyah.. muka ibu betul ekk comeii.. Afiyah tau ke sebelah tu kak angkat beliau. arini birthday sayaa..nk wish bolehh.. “

” Tahniah Odda under SN Legacy  semoga maju jaya  tak sabar tunggu single lagu Odda.. Makin bsr makin lawa Aafiyah anak ibu.. “

” Tahniah odda! Tadi tanye mama mana odda. Katanya karang ada lah.. tadi panggil odda, odda lambai. Seronok dah.. “

” Pandai anak angkat Siti ni menari, afiyah anak ibu semoga jd penyanyi terbaik dan menari yg hebat iya aminnnn..  Manis betul muka afiyah.. “

” Alaaaa besar dah Afiyah. Makin cantik. Aafiyah dh Join odda. tnggu next concert lepas ni.. Tarian sopan dari Afiyah.. moga dia seperti Ibunda nya yg selalu jaga maruah diri.. “

” Love sgt ngan aafiyah menari ngan sape2 pun sopan je mcm ibu dia.. Moga jd anak yg solehah.. afiyah ni makin besar makin jelita.. “

” Masa kecil aafiah x nampak sangat muka tok ti,tp skrg ha dah nampak dah aafiah serupa dengan tok ti. Aafiah…anak ibu… “

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kedua-duanya mempunyai darah seni dan lahir dalam keluarga yang mempunyai bakat seni. Semoga hubungan Oddah dan Siti Aafiyah kekal rapat sehingga besar walaupun merupakan adik beradik angkat.

Silakan SHARE..

Sumber : TT Odda

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Dark Spot Set

Trending

Copyright © Berita Kopak