Artis / Selebriti
” Aduh minta maaf Fafau, meleleh-leleh air mata aku ketawa.. ” – Komen Netizen
Video Fara Fauzana Bercerita Mengenai Rutin Keluarga Yang Diamalkan Buat Warganet Terhibur. Wah Menarik Betul Rutin Fafau Ini Sampai Johan Dan AG Pun Bantai Gelak. Fafau Punya Blur Tu Tak Boleh Bawak Bincang !!
Konti Hot FM lebih-lebih lagi ketika slot BekpesHot ke udara memang kecoh dan meriah dengan gelak ketawa. AG Azmeer, Johan dan Fara Fauzana menceriakan pagi pendengar Hot FM dengan celoteh mereka yang membuatkan pendengar tidak kering gusi ketawa.
Meninjau entry di akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan mereka bertiga sedang membincangkan mengenai tajuk ‘ Rutin Keluarga ‘. Pada awal video, warganet dapat melihat Fara sedang menceritakan rutin keluarganya yang membuatkan Johan dan AG teruja.
Kata Fara, sebelum tidur mereka akan bersalaman dan mencium tangan dan dahi. Tidak itu sahaja, suami akan memperdengarkan bacaan Al-Quran di telinga sebelum tidur. Bagi mengutuhkan kasih sayang, setiap bulan Fara akan meninggalkan anak-anak untuk keluar dating bersama suami.

Mendengar sahaja perkataan suami, terus AG dan Johan membahan Fara. Orang bercerita tentang rutin yang sedang dilakukan oleh keluarga dan bukannya rutin yang dirancang untuk dilakukan. Patut lah lain macam sweet rutin keluarga Fara ini, rupa-rupanya Fara merancang untuk membuat itu semua nanti.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sian fafau kne bahan jerk…. semoga fara merialisasikan plan dia, semoga allah mendengar hasrat fara bertemu jodoh suatu hari nnt In syaa Allah.. ”
” Tak baik ehhh gelak kan fara.. bagus ada plan camtu.. Moga fara cepat temu jodoh.. aaminn.. ”
” Tolong lahhh hahahaha hari-hari tau dengar fara kena bahan. dia yg meminta tauu. sori tergelak skali aduii.. ”
” Adoiii letihhhh laaa fafauu.. Haha baru je rasa hebatnya family fafau boleh buat rutin mcm tu. Khusyuk kita mendengarnya. Rupanya angan2 je.. ”
” Aduhhh minta maaf.. terketawa aku.. geli hati aku. tak Salah merancang tp… Realisasikn dulu.. YG DH Ada buat panduan.. ”
” Fafau memang saje la meminta dibahan.. khusyuk aku dengar. Rupanya plan.. leleh-leleh air mata aku gelak.. ”
” Sis pun gelak sama haha.. Eee korang ni, nmpak fafau punya impian.. tu yg dia nak bila dia kawen n ada family sndri nti.. InsyaAllah therealfafau one fine day k.. Aamiinn.. ”

Bertabahlah Fara kerana ada kawan sekerja yang suka menyakat seperti ini. Tetapi betul kata Johan, yang dibincangkan rutin keluarga yang selalu diamalkan bukannya rutin yang dirancang untuk dilakukan apabila sudah berkeluarga. Terbahak ketawa AG dan Johan dengan telatah Fara itu. Terbaik betul plan Fara itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hot FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Macam mana tahan gelak ni oii. Part keluarkan rambut dari mulut tu sumpah kelakar, haha.. ” – Komen Netizen

