Artis / Selebriti
” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
Video Syafiq Kyle dan Kamal Adli berkaraoke bersama team filem Takluk 2 buat warganet terhibur. Part Kamal menyanyi ok lagi. Sekali bila turn Syafiq, terkejut semua dibuatnya. Syafiq, tolong berlakon je lah ye, janji hehe..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Bosskey201, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat pelakon-pelakon filem Takluk 2 menyambut tahun baru di sebuah kedai makan di Kuantan. Antara yang kelihatan dalam video ini Kamal Adli, Syafiq Kyle, Nas-T dan Fadlan Hazim.
Kesempatan mereka dapat berkumpul ini digunakan untuk membuat aktiviti berkaraoke bersama-sama. Lagu dendangan asal Senario berjudul Cari Tapak menjadi pilihan. Permulaan lagu ini dinyanyikan oleh Kamal dan warganet memuji suara Kamal sedap.
Selepas itu, Syafiq pula menyambung nyanyian Kamal itu. Nyanyian Syafiq membuatkan warganet terkejut dan ianya mencuit hati warganet. Ramai yang berpendapat, Syafiq sebagai pelakon memang hebat lakonannya, namun tidak sebagai seorang penyanyi.

Seronok warganet melihat gelagat Syafiq, Kamal dan lain-lain bergembira menyanyikan lagu ini. Macam-macam suara yang keluar tetapi semua tetap enjoy menyanyi bersama-sama. Part sama-sama menyebut ‘ haaaa’ tu havoc dan meriah, masing-masing macam tengah buat konsert.
Jom tonton video di bawah:
@bosskey201 haaaa..🤣🤣🤣enjoy malam tahun baru2026.baru lepas tendang bola makan2 sambil karok..#suplagenkuantan #makanbestkuantan #bosskey #viral #fypシ
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Syafiq Kyle boleh berlakon je lah korang haha.. tekejut kite wakkk nasib tgok time park kerete kalo x mau tersasar langgar divider haha.. “
” Terkejut time Syafiq Kyle menyanyi haha.. Dia membaca ke apa haha.. tak nak lepas mic pulak tu. Selalu yg sore menekan2 mcm ni memang payah nak lepas mic kalau karok. Lepas lagu dia, lagu dia juga.. lagu org pun dia tibai.. “
” Senario versi Lahad Datu ni.. dorang semua tengah shooting Takluk2 dekat kuantan tu.. atleast dapat la release tension si kamal adli tu hahaha .. weyyy ada luqman hafiz.. “
” Harey Capik haha.. syafiq kyle.. being actor is a best choice.. Syafiq kyle nampak mcm boleh pergi jauh … jauh dari MIC haha.. masing masing dah macam buat konsert eh, haha.. “
” Syafiq Kyle tolong la berlakon je, janji hehe.. nas-t ngn kamal mmng enjoy btul… syafiq mmng jdi pelakon jer lah.. hahahah.. comel lar semua bila part ‘ haaaa ‘.. “
” Syafiq Kyle awak berlakon je la yee. Apa² pun sportingg.. time kamal adli ok lagi.. masuk syafiq kyle tergelak aku.. acting dia superb.. “
” Syafiq kalo lagu macam ni dia jerit jer.. Kena bagi lagu yg slow atau meleleh sikit baru dia nyanyi.. adoi syafiq kyle, tersedak aku makan dengar dia karok.. ”
Enjoy betul Syafiq apabila dapat menyanyi, ala-ala membaca pun tidak mengapa untuk happy bersama kawan-kawan. Ramai yang terhibur dengan nyanyian Syafiq itu. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga terhibur dengan video perkongsian ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Boss Key201
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Arwah Siti Sarah vs Jamal Abdillah versi gen Z. So talented.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil

